Bab 35

2.5K 60 4
                                    

"Siapa kauorang??? Kauorang nak merompak ke apa ni ha!!" Zakuan bercekak pinggang di hadapan seorang lelaki berkaca mata hitam yang sedang bersandar di sebuah kereta bewarna hitam...

"Kami cuma ikut arahan..." Dengan tenang lelaki itu menjawab... Zakuan mula tertanya-tanya... 'Arahan siapa pula ni???' Lelaki itu menanggalkan spec matanya, fikiran Zakuan dibaca... Satu senyuman sinis diberikan sebelum dia menjawab pertanyaan yang berada didalam minda Zakuan...

"Riana's order..." Dan sekali lagi Zakuan didatangi pelbagai tanda tanya...

**********

Harris kembali membuka matanya tatkala dia mendengar bunyi tingkap di bilik itu pecah... Sedikit demi sedikit dia membuka...

PRANG!!!!!

Oleh kerana terkejut dengan bunyi langgaran itu, Harris terus memalingkan wajahnya ke belakang di mana bunyi itu hadir dan alangkah terkejutnya dia melihat Rian sedang bergelut dengan wanita yang tadinya cuba untuk membunuhnya... Dia kaku melihat pergelutan itu, luka yang masih berdarah sedikit demi sedikit kelihatan membaik... Hairan, Harris disampuk kehairanan... Namun dia masih lagi berdiri di situ dan menonton kerana kakinya seolah-olah di gam di lantai...

Rian mencakar bahu perempuan yang berada di hadapannya itu dengan dalam... Kukunya dibenamkan dalam, cuba untuk membuatkan perempuan itu mengundur diri... Untung sahaja dia sempat sampai ke situ, belum sempat perempuan itu membaham Harris, Rian dengan pantas merempuh perempuan itu dengan kasar sehingga ke tingkap biliknya... Pertarungan semakin sengit, luka demi luka mereka berdua peroleh dari pergelutan yang berlaku, namun seperti disumpah luka itu kembali pulih dan sel-sel mereka membaik dengan cepat dan pantas... Rian sudah tidak perduli dengan kehadiran suaminya di situ, baginya dia perlu menghapuskan lawannya supaya keadaan kembali aman dan damai... Pisau yang berada di bahu ditarik kasar, perempuan di hadapannya hanya tersenyum senget dan menyeringaikan giginya...

Rian sedikit pun tidak berasa gentar kerana dia tahu itu adalah takdirnya, tanpa berlengah Rian terus memulakan langkahnya dengan pantas dan merempuh perempuan itu sehingga dinding bilik itu pecah... Rian menendang tubuh badan lawannya bertubi-tubi namun belum sempat dia mendaratkan lututnya ke wajah perempuan itu, perut Rian terdahulu dihadiahkan satu sepakan yang padu... Kini kedua-dua mereka berdiri di atas tanah, Rian mengelap bibirnya yang sudah keluarkan darah dengan ibu jari kanannya manakala musuhnya memegang perutnya yang terasa senak dek kerana tendangan yang bertubi-tubi... Maing-masing memandang dengan satu pandangan yang sinis, pistol yang berada di pinggang dikeluarkan, mereka berdua saling mengacukan pistol masing-masing sesama sendiri...

Orang-orang disekitar sudah tidak dipedulikan, mayat yang bergelimpangan tanpa kepala tidak ada siapa hiraukan... Adat semasa berlawan... Rancangan yang telah di rangka diikut dengan teliti, dan hasilnya Rian berjaya membuatkan musuhnya itu mengikut rentaknya... Berdas-das tembakan dikeluarkan, seperti biasa luka mereka berdua kembali pulih walaupun hampir dua kelongsong peluru digunakan... Masing-masing kelihatan bertenaga, kedua-duanya masih tidak menunjukkan symptom-symptom kepenatan ataupun sedikit terkesan dengan peluru yang menembus badan... Harris hanya memandang dengan seribu perasaan yang kini sedang berkecamuk... Matanya masih tidak mampu mempercayai apa yang dia lihat kerana semuanya berlaku dengan pantas... Namun setiap das tembakan yang dikeluarkan dan diterima semakin membuatkan mindanya tidak mampu untuk menghadam segalanya...

Tumbukan dan tendangan diberi, masing-masing saling membalas... Balingan dan tusukan dari pisau diberikan, Rian hanya mencabut pisau yang tertanam dibadannya dengan senyuman yang cukup menakutkan... Dengan langkah yang perlahan dan wajah yang mempunyai senyuman yang cukup sukar untuk ditafsirkan dia melangkah mendekati musuhnya itu... Tidak semena-mena satu aura keluar dan memenuhi segenap ruang, aura yang dipenuhi dengan amarah yang melampau... Alex perasan dengan perubahan aura di sekelilingnya dan dengan pantas dia memenggal kepala musuhnya dan matanya ditancapkan ke arah Rian... Sememangnya aura itu datangnya dari Queen mereka dan dapat juga dia melihat wajah musuh Rian yang sedang berubah riak... Terpamer riak ketakutan di wajahnya...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now