Bab 34

1.7K 54 0
                                    

Hari yang dinanti-nantikan kini telahpun tiba, kelihatan berpuluh-puluh ribu orang yang memakai serba hitam dan berhoodie sedang bersiap sedia dengan pelbagai kelengkapan... Alex dan John hanya mengenakan baju t-shirt berlengan pendek bagi memudahkan mereka berdepan dengan musuh yang akan dating menyerang pada bila-bila masa sahaja lagi... Camelia yang sudah lengkap dengan senjatanya datang menghadap Queen mereka iaitu Rian yang masih lagi duduk di bangku di meja batu yang sedia ada di tepi padang tempat latihan dijalankan...

"Hi..." Camelia menegur, suara yang mulai serak cuba di sembunyikan dari pengetahuan Rian...

"Hi..." Lembut sahaja Rian membalas teguran dari rakan baiknya itu, dia tahu bahawa debaran yang dating melanda perempuan itu sangat besar dan buktinya mata hazel Cmelia yang bewarna ungu itu mula berkaca... Rian menggenggam erat tangan kiri Camelia, cuba untuk menenangkannya...

"I love you... Please... Please just take care of yourself, don't get hurt, please...." Air matanya mulai mengalir, Rian hanya bias membalas dengan anggukan sahaja, dia juga sebenarnya terkilan kerana masa yang dia ada sudah tidak banyak tambahan lagi apabila mereka berempat tidak sempat untuk meluangkan masa bersama sejak tiga hari lepas dek kerana dirinya yang sibuk ingin menenangkan jiwa dan minda... Sepucuk pistol bewarna perak di masukkan ke dalam sarung yang diikat dipinggangnya, segala persiapan dan kelengkapan sudahpun berada di badan Rian, pisau rambo juga sudah di masukkan ke dalam sarung yang berada di kaki kirinya sebagai persedian untuk sesuatu yang berada di luar jangkaan... Sejak jam 7 pagi lagi mereka semua berkumpul di padang bagi menunggu serangan dari pihak lawan... Rian tidak berani untuk merisikokan nyawa orang-orangnya dengan menyerbu masuk ke tempat pihak lawan dan dengan keputusan dari perbincangan bersama Ahli Majlis yang terakhir mereka semua bersetuju untuk membiarkan kubu mereka diceroboh masuk oleh pihak musuh...

"Today is the day!!! We will fight till our last blood!!! Always remember to stick with the plan no matter what is happening!!!" Rian membuka suara memberi semangat kepada orang-orangnya... Walaupun dia sendiri tidak dapat menjamin apa-apa di akhir pertempuran namun dia seboleh-bolehnya mahu menyelamatkan puaknya dari terus diburu dengan membunuh lawannya sama ada hanya lawannya sahaja yang terbunuh atau dia dan lawannya mati bersama...

**********

Zakuan hairan melihat kelibat empat orang yang seolah-olah sedang berkawal di luar rumahnya... Setiap gerak gerinya juga seperti diawasi sejak tiga hari yang lalu... Pada mulanya dia menyangka bahawa mereka itu ingin merompak, namun selepas tiada apa yang berlaku kecurigaannya mulai reda, akan tetapi selepas dua hari lelaki-lelaki itu masih lagi tidak berganjak dia mulai rasa curiga... Isterinya juga bersama sedemikian, namun mereka berempat tidak kelihatan seperti penjahat kerana mereka kelihatan seperti mengawasi keluarganya kerana tiap kali dia membawa ahli keluarganya keluar, mereka berempat pasti akan ada bersama... Dengan pelbagai persoalan yang sedang bermain di minda, Zakuan akhirnya membuat keputusan untuk keluar bertanya sendiri demi mencari kepastian...

"Abang nak keluar la sayang, abang nak tanya diaorang tu... Apa yang sebenarnya diaorang nak..." Najwa melopong... Kini suaminya sudahpun berdiri dan berkira-kira untuk keluar namun Najwa sempat menahan dengan memegang tangan suaminya itu...

"Abang sure ke ni??? Biar je la diaorang tu, lagipun dah tiga hari dah, takde pun apa-apa yang jadi..." Dengan nada khuatir Najwa memberanikan dirinya untuk bersuara... Wajah suaminya ditenung untuk meyakinkan lelaki itu...

"Abang rasa tak sedap hati la sayang... Abang cuma nak tanya diaorang je... Sayang jangan la risau ye, sayang duduk dalam rumah, abang keluar sekejap..." Tangannya menepuk perlahan bahu isterinya itu, Najwa hanya mampu mengeluh lemah... Genggaman tangannya perlahan-lahan dileraikan dan usai itu Zakuan terus berjalan laju menuju ke muka pintu...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now