Bab 23

1.9K 41 0
                                    

"So, misi baru kita bermula sekarang..." Harris hanya menguntumkan senyumannya... Chat yang dihantar dari kawan-kawan Rian sememannya Berjaya mengubati hatinya yang sakit itu...

From: Kak Syahira

Sebenarnya bini kau tu tengah lawan perasaan dia, so plan baru kena buat sebab plan lama tu memang takkan menjadi...

1: Jangan layan dia kalau dia tak layan kau...

2: Kalau dia manja dengan kau, kau usap kepala dia and rapatkan diri kau ke dia, senang cerita peluk dia...

3: Kalau dia marah-marah dengan kau, kau lawan balik tapi kau kena sedar jangan ikut emosi walaupun kau akan dengar macam-macam dari dia yang akan buat kau putus harapan... Tapi kau kena pancing dia supaya dia luahkan semuanya dekat kau sebab time dia marah adalah satu-satunya time yang dia akan luahkan segala-galanya tanpa dia boleh kawal...

4: Jangan sesekali kau keluar dari bilik tu untuk tidur asing... Kau kena sentiasa rapat dengan dia supaya dia tak dapat kawal perasaan dia dekat kau...

So kalau dia keluar rumah untuk jogging jangan halang dia tapi tunggu dia sampai dia balik, and bini kau tu paling suka kalau orang picitkan kepala dia masa dia tengah penat terutama lepas dia kerja... Kalau nak panggil dia, guna gelaran 'wife' dan bahasakan diri kau 'husband' Good luck...

Chat dari kawan Rian dilihat sekali lagi... 'Wife, saya akan buat awak jatuh cinta dekat saya sebab saya yakin awak jodoh yang telah ditetapkan untuk saya di Luh Mahfuz...' Bisik hati Harris...

**********

"Tuanku, majlis nak buat perjumpaan..." Lelaki yang berkulit putih pucat itu hanya menundukkan kepalanya ketika menyampaikan berita... Wajah perempuan yang digelar Tuanku itu tidak sesekali pun dipandang... Wajah yang tidak menunjukkan riak atau sebarang ekspresi mengenai perasaan membuatkan semua yang ada tidak berani mengeluarkan satu pun suara pada ketika itu... Perempuan yang sedang duduk di atas singgah sananya itu hanya membiarkan sahaja lelaki yang datang menyampaikan berita itu, ahli yang berada di dalam dewan perjumpaan di istana itu hanya diam menunggu kata putus dari Permaisuri mereka...

Sememangnya mereka yang berada di situ langsung tidak menyangka bahawa pemimpin yang selama berabad-abad yang dinanti merupakan seorang Permaisuri dan bukannya seorang Raja... Kenyataan itu tetap cuba diterima walaupun sukar kerana semua puak kecil menerima seorang Raja yang sememangnya dinanti-nantikan, namun untuk mengetuai semua puak kecil itu tidak dinafikan mereka semua menantikan kehadiran Raja dan bukannya Permaisuri...

"Beta akan maklumkan sendiri tentang kehadiran beta pada perjumpaan itu..." Kata-kata Permaisuri mereka menerima satu keluhan yang agak panjang selepas semua yang berada di dalam dewan itu menunggu beberapa minituntuk mendengar jawapan bagi permintaan Ahli Majlis bagi puak mereka... Perempuan itu tahu kta-kata yang dilemparkan sebentar tadi tidak menjawab persoalan yang bermain diminda orang-orangnya, namun buat ketika itu, jawapan yang dituturkan merupakan jawapan yang terbaik bagi dirinya...

**********

Suasana petang yang bingit di cafeteria itu lansung tiddak mengganggu ketenangan yang dialami oleh Harris, panggilan 'wife' yang digunakan kepada Rian sememangnya memberi kesan kerana riak wajah yang ditunjukkan adalah sangat-sangat positif... Kejadian di rumah agam milik Rian kembali berlayar sehingga menerbitkan satu senyuman kecil di bibirnya...

"Bro, asal harini aku tak nampak Ninja kau??? Rosak ke???" Harris lantas menoleh kebelakang bagi memastikan tuan empunya suara yang menyapa gegendang telinganya itu... Senyuman lantas terukir saat matanya menatap tuan empunyasuara itu... Bayangan wajah Rian hilang begitu sahaja...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now