Bab 16

1.7K 53 5
                                    

"Rian, semuanya dah siap dan pasukan you ada dekat dalam kapal... I wish you luck in this mission... hati-hati okay..." Iskandar hanya mampu mengulum senyuman kepada Rian... Walaupun hatinya masih tidak ampu untuk melepaskan perempuan itu, namun sebagai lelaki yang tahu akan hukum mencintai isteri orang tetap mencuba sedaya upaya untuk menyingkirkan perasaan cinta yang telah hampir tiga tahun datang bertandang dihatinya... Rian yang mendengar hanya mampu mengangguk dan membalas senyuman, walaupun teman sekerjanya itu tidak pernah menyatakan persaan cinta kepada dirinya, namun setiap perlakuan dan layanan yang diberi menyatakan perasaan cinta dan sayang lelaki yang bernama Iskandar kepada dirinya...

"I tahu macam mana nak handle, lagipundah banyak kali kan mission macam ni ditugaskan kepada I, you tak payah la risau, you pun sama take care okay..." Balasan Rian hanya mengundang senyuman lemah dari Iskandar... Dia tahu walau sekuat manapun hatinya menjerit menyebutcinta kepada Rian, jeritan itu hanya mampu didengari oleh dirinya sahaja... Kapal yang dinaiki oleh pasukan khas kini telahpun berlalu pergi, walaupun sudah hampir 20 jam Rian pergi untuk menjalankan misinya, Iskandar tetap tidak mampu untuk membuang bayangan Rian dari memori otaknya...

**********

"So how your life?? Don't you think that we didn't know about your marriage..." Rian hanya menutup matanya tanpa membalas, Joe yang melihat hanya mengangkat bahunya dan kedua-dua tangan tanda tidak mahu meneruskan perbualan itu... Mikael dan Han hanya mengankat kening mereka kepada Adam, Adam yang melihat terus memberi isyarat supaya merekan semua keluar dari bilik milik Rian... Mereka semua akur, walaupun terkesan sedikit dengan tingkah laku Rian, namun mereka faham dengan situasi Rian yang menginginkan privacy terhadap kehidupannya...

Beberapa minit selepas itu Rian membuka matanya, telefon pintar miliknya dibuka untuk melihat segala pesanan yang masuk... Selepas habis membelek telefon pintarnya itu, matanya kembali ditutup... Otaknya masih ligat berfikir, segala misi yang diperoleh seakan-akan cuba memerangkap dirinya... Amaran yang diberi hanya membuatkan Rian sakit kepala, pelbagai andaian dibuat namun segala bukti yang ditemui menyatakan yang sebaliknya... Kini Rian hanya mampu mengeluh lemah, kerana rancangan asalnya tetap perlu dilaksanakan bagi menamatkan kekusutan yang ada di kepalanya...

**********

"Bro kau nak pergi mana tu??? Kereta aku dekat tempat biasa..." Pertanyaan Fakrul hanya mengundang senyuman kecil dari Harris... Kepala yang tidak gatal digaru tiga kali oleh Harris untuk mencari jalan dan cara bagi memberitahu kawan baiknya itu tentang kehidupan barunya... Fakrul yang melihat kegelisahan kawan baiknya itu terus melangkah pantas mendekati Harris... "Okay kali ni apa pula??"

Harris mengambil nafas dengan berat sebelum dia mula menceritakan segalanya kepada Fakrul... Fakrul pula hanya diam tidak berkutik dan sekali sekala kepalanya diangguk tanda mengerti... "Kalau pasal tu kau tak payah la risau... Lagipun aku tahu la bini kau tu kaya macam mana, takkan la dia nak bagi kau hidup susah kut... Tapikan kau kata dia tak peduli dekat kau, tapi ni semua macam mana pulak ni??? Kes apa sekarang ni???"

"Entah la Rul, aku pun tak faham... Kejap okay, kejap tak... Kejap caring, tapi lepas beberapa saat dia dingin balik... Aku pun pelik..." Dan kali ini kedua-duamereka mengeluh lemah... Fikiran masing-masing kini sudah kusut... "Macsm ni, apa kata kau just jalankan plan tu, and then kau fikir la cara macam mana nak pikat hati dia... Lagipun sekarang ni bini kau ada dekat Australia kan, so kita relax-relax dulu... And sekarang ni kita pergi gym untuk sadokan badan kau ni dulu, aku naik kereta aku, kau naik la moto kau tu okay..." Harris mengangguk lemah... Kata-kata Fakrul masih diproses dan kakinya diatur ke arah moto Ninja hitam pemberian isterinya Rian...

**********

"Kenapa kauorang tak halang Rian???" Jerkahan pemuda itu memecahkan suasana yang damai di sebuah restaurant... Aidil dan Wani terus melopong melihat kolar baju Iskandar yang sudah selamat dicengkam oleh Irfan... Wajah bengis Irfan dipandang tajam... "Aku tanya ni kenpa kauorang tak halang Rian dari khawin semalam???" Nafas Irfan kini turun naik menahan marah, sangkanya mereka akan membantah keputusan Rian, namun sebaliknya pula yang berlaku... "Terima hakikat Fan, Rian bukan jodoh kau... Move on Fan, kau sendiri dapat kad jemputan tu kan, lagipun kenapa kau tak halang sendiri perkhawinan tu, kenapa kau tak datang??"

Aidil yang sedari tadi hanya diam tidak berkutik, menolak kerusi keluar lalu berdiri menghadap Irfan... "Kau lepaskan Is, diatakde kene mengena dalam hal Rian khawin, kiteorang dah cuba halang, tapi kau sendiri pun tahukan macam mana perangai Rian, kalau kau betul-betul sayangkan Rian, kau sepatutnya mendoakan kebahagian dia bukan dating sini marah kiteorang..." Amarah yang selama ini diatanggung akhirnya diluahkan, Wani yang duduk terus bangkit untuk menenangkan Aidil... Pandangan orang sekeliling sudah tidak dipedulikan, apa yang dia mahu pada ketika itu adalah menyedarkan diri Irfan dari teerus berharap pada sesuatu yang dia takkan dapat perolehi iaitu 'Rian'...

Tubir mata Irfan yang dari tadi menakung air matanya perlahan-lahan mengalir di pipi... Cengkaman kolar perlahan-lahan dilepaskan... Bahu Iskandar dipeluk dan selepas itu Irfan menghamburkan kekecewaan yang selama ini dia tanggung... Iskandar hanya membiarkan pelukan itu, dia tahu hati Irfan ketika itu telah hancur, dek kerana memahami, Iskandar menepuk perlahan bahu kanan Irfan perlahan... Aidil dan Wani hanya diam melihat adegan itu, mereka berdua hanya mengeluh lemah sambal memandang antara satu sama lain...

**********

"Abang, abang okay ke tak ni??? Ada masalah cerita la dengan sayang... Mana tahu nanti kurang sikit beban tu..." Pertanyaan Najwa hanya dibalas dengan senyuman, tangan isterinya itu diambil lalu dikucup lembut... Zakuan menarik isterinya duduk di atas ribanya, perut Najwa yang sedang memboyot ditatap lama... Sungguh dia tidak sangka yang dia akan menjadi ayah kepada anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi... Tangan sasa Zakuan mengusap perlahan perut isterinya... Najwa pula hanya membiarkan suaminya melakukuan sebegitu, dia senang dengan perwatakan suaminya yang penyayang dan romantic tatkala melayan dirinya... Selepas sedar pertanyaan dirinya tidak dijawab, Najwa kembali mengulang semula soalan yang dilemparkan kepada suaminya itu...

"Abang risa kalau mama dengan ayah kecewa dengan ayong..."

"Kenapa abang cakap macam tu?? Ayong buat apa??"

"Pasal perkhawinan ayong la sayang, sayang pun tahu kan ayong buat keputusan tiba-tiba... Dah la tak bagitahu apa-apa, tup tup dia kata dia nak khawin... Dah la Harris tu baru umur 18 tahun, baru sambung belajar pula tu, jarak umur dia dengan ayong 10 tahun tau sayang... Kalau ye pun nak elak dari kena khawin dengan pilihan mama dengan nenda jangan la cari yang baru nak sambung belajar, yang nak dekat ayong bukannya sikit belambak dekat luar sana tu, tinggal pilih je... Hishhh tak faham betul abang dengan ayong tu... Kadang abang pelik dengan perangai ayong yang tiba-tiba anti lelaki tu... Nak kata dia tak straight, Abang Adib tu still dia lawat... Pening kepala abang fikir pasal ni..."

Najwa hanya mengangguk perlahan, dia juga sebenarnya berfikiran yang sama...Dia juga panasaran dengan sikap kakak iparnya itu, apabila dengan keluarga, sikap dinginnya seolah-olah tidak wujud dan ayongnya itu juga seperti yang dia sendiri tidak kenal... Namun apabila kakak iparnya berhadapan dengan orang luar dia akan bersikap dingin dan menyukarkan orang sekelilingnya untuk mengenali dirinya terutama lelaki... Sikap yang dipamerkan oleh ayongnya itu akan berubah mengikut keaadaan, namun tidak ketika dia berhadapan dengan keluarganya sendiri, dan hal itu menyebabkan dirinya sendiri pelik dan keliru dengan persenaliti sebenar kakak iparnya...

"Macam mana kalau abang buat diaorang tu bercinta... Iyela, takkan dah duduk sebumbung pun still dingin kan, mestila diaorang akan berhubung dan bercakap, so abang rancang la macam mana nak buat diaorang tu fall in love... Tak salahkan kalau suami isteri jatuh cinta sesame sendiri, lagipun diaorang dah halal..." KeningNajwa dianggkat untuk menunggu reaksi dari suaminya... Zakuan pula hanya mengerutkan dahi sehingga kedua-dua belah keningnya bertaut... Otaknya kini ligat memikirkan akan setiap bait bicara yang dilontarkan oleh isterinya itu... Hati kecilnya masih tertanya-tanya patutkah dia berbuat sebegitu...

**********

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now