Bab 12

1.9K 58 5
                                    

"Tengku Harris Daniel bin Tengku Ibrahim... Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Puteri Riana Natasha binti Megat Abdullah Halim dengan mas khawinnya senaskah al-quran di bayar tunai..."

"Aku terima nikah Puteri Riana Natasya binti Megat Abdullah Halim dengan mas khawinnya senaskah al-quran di bayar tunai..."

"Sah??"

"Sah..."

"Sah..."

Dalam sekelip mata Rian sudah menjadi isteri kepada Harris... Dia tidak menyangka bahawa dia akan melanggar prinsip hidupnya itu semata-mata kerana desakan dari keluarganya...

Ahli keluarga Rian hanya menadah tangan mereka ketika tuk kadi membaca doa bagi memberkati majlis akad nikah itu... Harris hanya menundukkan kepalanya kerana pandangan ahli keluarga Rian kini tertumpu kepadanya... Usai sahaja bacaan doa dari imam, Harris memusingkan badannya menghadap Rian bagi sesi menyarung cincin...

Sahabat baik Rian hanya memerhati... Masing-masing mengeluh lemah tatkala dengan sekali nafas Rian sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali... Rata-rata saudara yang hadir hanya menangkap gambar untuk direkodkan... Manakala Puteri Amira hanya duduk diam tidak berkutik tanda protes dengan pilihan hati cucu perempuannya itu...

Harris tergumam melihat wajah Rian yang tampak anggun dengan solekan nipis di wajahnya... Itu adalah kali pertama dia melihat dan menatap wajah yang sering menjadi teman tidurnya selepas dia bersetuju untuk mengahwini perempuan itu... 'Subhanallah... Cantiknya ciptaanmu ya Allah...'

"Sudah-sudah la tatapnya, sarung dulu cincin tu..." Harris tersentak mendengar sindiran yang entah dari mana datangnya itu, dia kemudian menyambut tangan isterinya untuk menyarungkan cincin ke jari manis milik Rian... Selesai sahaja sesi menyarungkan cincin, Rian terus menyalami tangan Harris... Ahli keluarga yang lain mula menyakat mereka dengan mengarahkan Rian untuk menyalam tangan Harris lebih lama lagi...

Hati Harris berbunga seketika, dia tidak sangka perempuan yang dikatakan sempurna oleh orang ramai menjadi suri hidupnya... "Okay, pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan ye... Kalau boleh biar lama ye..." Harris hanya mengikut... Pengalaman pertamanya itu sememangnya tidak akan dapat dia lupakan... Walaupun dia tahu masih belum ada lagi bibit-bibit cinta antara mereka berdua, namun dia sentiasa berdoa agar isterinya itu dapat menerima kekurangannya dengan hati yang terbuka kerana sesungguhnya dia sudah jatuh cinta dengan insan yang bergelar isterinya itu...

Beberapa minit kemudian majlis akad nikah itu beransur tamat... Rian yang sudah penat dengan sesi bergambar terus memasuki biliknya... Salah satu sebab mengapa dia tidak mahu berkhahwin adalah kerana sesi bergambar... Walaupun hanya beberapa keping gambar sahaja yang diambil, Rian sudah mula berasa rimas,dan akhirnya dia menamatkan sesi bergambar itu dan terus membawa Harris masuk ke dalam biliknya...

**********
Rian menghenyakkan badannya ke atas tilam empuk yang telah siap dihias oleh adik-adiknya... Harris yang masih lagi kekok hanya mampu melihat setiap perbuatan isterinya itu...

"Awak bawa semua baju macam yang saya suruh tak??"

"Dah, saya dah buat macam yang awak suruh... Tapikan, kenapa ye saya kena keluar dari hostel???"

Rian hanya membiarkan pertanyaan Harris tak berjawab... Baginya, pertanyaan itu tidak akan pernah habis jika dilayan, oleh kerana itu dia mengambil insiatif untuk berdiam diri... Harris hanya mengeluh lemah... Nampaknya sikap isterinya itu yang beku telahpun kembali...

"Sini..."

Rian hanya menepuk tilam di sebelahnya tanda menyuruh Harris untuk baring bersamanya... Satu minit, dua minit, tiga minit... Rian membuka matanya kerana tiada tanda yang menunjukkan Harris menurut perintahnya...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now