Bab 27

1.7K 50 0
                                    

Bunyi deringan telefon bimbit Rian yang menandakan ada mesej masuk menghilangkan fokusnya pada jalan raya yang sedang lengang itu, moto Ninjanya diberhentikan di tepi bahu jalan bagi melihat pesanan ringkas di telefon pintarnya... 'Kau memang tak nak berubah langsung la Irfan!!!' Dengusan kasar dilepaskan, pesanan ringkas dari Fion menghilangkan mood dirinya... Beberapa minit selepas itu pedal minya di pulas dan Rian menunggang motonya dengan kelajuan yang tinggi untuk melepaskan kemarahannya...

Harris hanya duduk di bangku luar di dapur mengimbas kembali segala kata-kata ayah mentuanya itu, fikirannya ketika itu terasa buntu, amaran yang diberi menyebabkan Harris khuatir... Mukanya diraup perlahan, ternyata tidak mudah untuk menyelami hati isterinya itu kerana setiap yang Rian hadapi dia hanya akan menayangkan riak wajah yang sama... Asyraf hanya merenung abang iparnya itu, sejak dia berada di ruangan dapur tidak sekalipun abang iparnya itu perasan dengan kehadirannya dan bertambah hairan apabila abang iparnya itu asik mengeluh sahaja dan sesekali meraup wajahnya...

"Along kenapa??? Dari tadi acu tengok along asik termenung je, ada apa-apa ke???" Dek kerana terlalu banyak persoalan di dalam kepala, Asyraf mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada abang iparnya... Dahi Harris berkerut, 'Nak tanya ke tak???' peluh lelakinya menitik... Serba salah dating menyapa, namun Harris tiada pilihan lain??? Asyraf bertambah binggung, muka Harris dipandang hairan, soalan yang diutarakan tidak dibalas malah abang iparnya itu semakin mengelamun... Jari di petik beberapa kali, Asyraf sekali lagi menghela nafasnya untuk kali ke sepuluh... Dari beberapa minit tadi dia asik mengulangi perkara yang sama dan abang iparnya itu masih lagi dalam keadaan yang sama...

"Along... Aloooonnnnnggggg....." Bahu Harris digerakkan sedikit dan akhirnya Harris tersedar dari lamunannya yang jauh...

"Hah, kenapa???" Muka Harris kelihatan bingung, kepalanya di garu perlahan dan kemudian rambutnya di sisir ke belakang menggunakan jari jemarinya yang panjang itu...

"Dari tadi acu tanya along yang tak dengar... Haisshhh, along fikir ape sampai dahi berkerut-kerut???"

Wajah Asyraf di pandang dengan seribu pertanyaan, beberapa minit kemudia Harris menghelakan nafasnya dengan panjang... "Along nak tanya something boleh??? Tentang ayong???"

Kening Asyraf terjungkit sedikit, belakang badannya disandarkan ke sofa yang berada di ruang bahagian belakang rumah ayahnya itu... "Along nak tanya ape je??" Soalan di balas dengan soalan, walaupun begitu keedua-dua anak mata Harris tetap kelihatan bersinar-sinar...

"Ayong tak suka lelaki sebab ape???"

ZASSSSSSSS

Pertanyaan Harris membuatkan Asyraf terkasima, matanya yang sepet kelihatan membesar walaupun hanya membesar sebanyak 1cm... Kini giliran Asyraf pula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu... Soalan yang cukup sukar untuk dijawab olehnya...

"Macam mana nak cakap ye... Hmmmm... Ayong tu bukannya tak suka lelaki, dia cuma rasa dia boleh hidup tanpa lelaki sebab dia ada segalanya............. Along tahu tak ayong ada cinta pertama dia???"

Harris hanya mengangguk, benar dia tahu akan perkara itu namun dari penceritaan rakan-rakan Rian, Harris langsung tidak melihat sebarang connection antara hal itu dengan sikap Rian yang sentiasa kelihatan dingin dengan kaum Adam... "Well along cuma tahu yang syrikat Mega Holdings tu arwah punya dan dia wasiatkan kepada ayong, diaorang lama terpisah and jumpa balik tapi waktu tu arwah dah tenat, itu je la..."

"Hmmmmm, sebenarnya sejak dari hari arwah abang Adib meninggal ayong dah dingin dah, ayong macam tutup pintu hati dia untuk mana-mana lelaki yang datang dekat dengan dia... Mula-mula takde la sekasar sekarang ni, ayong cuma tak bercakap dengan diaorang dan tak layan sangat dan sebabnya dia tak suka lelaki yang 'pantang' nampak perempuan... Itu sebelum ayong pergi further dia punya studied la, lepas je dia balik kiteorang pun terkejut tengok dia layan lelaki, kejam gila... Tapi mama dengan ayah tak cakap apa-apa sejak ayong kata dia tak akan layan lelaki sampai kerjaya dengan kehidupan dia stabil... So semenjak tu kiteorang just simpati je la dekat lelaki-lelaki yang kena sembur dengan ayong... Tapi acu rasa ayong masih tak boleh nak move on sebab ayong pernah cakap yang mencintai dan dicintai memang senang tapi nak pastikan orang yang kita cintai mencintai kita sampai hujung nyawa kita memang susah..."

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now