Bab 3

2.6K 65 0
                                    

"Eh ayong, nak pergi mana tu??"

"Ayong nak balik la mama... Ayong on call sekarang ni... Ayong gerak dulu ye mama..."

"La, kenapa cepat sangat, kan baru sampai, kalau ye pun, balik la esok... Tidur sini, hilangkan penat tu dulu..."
"Tak boleh ma, nanti kalau ada patient ayong yang perlu operation ke emergency ke takde la kalut nak keluar..."

"Hish kamu ni, sibuk dengan kerja je, cuba cari masa untuk berehat... Kamu tak rasa ke kamu tu patut khawin??"

"Pulak, dah la mama, ayong dah lambat, ayong pergi dulu ye... Assalamualaikum..."

Rian terus memasukkan beg bajunya di dalam kereta Ford hitam miliknya... Dia tidak betah untuk duduk di situ, tambahan pula dia tahu akan rancangan mamanya yang ingin mensatukan dirinya dengan Irfan...

Siti hanya mampu menghantar anaknya dengan pandangan dan senyuman yang hambar...

'Haishh, kenapa la anak aku sorang ni susah sangat nak khawin...' Siti melangkah masuk ke dalam rumah anak lelaki sulongnya itu dengan seribu kekesalan... Dia langsung tidak menyangka bahawa anak sulongnya itu akan membuat keputusan yang sebegitu...

Sebulan yang lalu...

"Ayong takkan khawin selagi ayong tak bersedia... Ini keputusan ayong, dan keputusan ni muktamad..."

"Jembalang mana yang dah sampuk kamu ni sampai kamu boleh cakap macam ni ha ayong... Khawin tu sunnah Nabi kita... Lagipun khawin boleh mengelakkan zina..."

"Mama, selama ni ayong ada buat perkara yang tak elok ke?? Keluar dengan lelaki berdua-duaan pun tak pernah... Ayong tahu jaga diri sendiri dekat luar... Tak semestinya tak khawin ayong tak boleh jaga diri sendiri..."

"Ayah dengan mama bukan tak percaya kamu, tapi cuba kamu fikir, kamu tu perempuan, perempuan kena sentiasa dijaga... Sekarang ni ayah dengan mama jaga kamu, tapi kalau kami dah takde, siapa yang nak jaga kamu kalau kamu still tak khawin??"

"Ayah... Tolongla jangan cakap macam tu... Ayong cuma belum bersedia, itu je... Nanti kalau ayong dah sedia nak khawin, ayong cakap, ye mama, ayah..."

**********
"Hai mama, kenapa termenung tu?? Ayong mana, dia taknak makan ke??" Zakuan menghampiri mamanya yang hanya duduk termenung di atas sofa...

"Ayong kamu dah balik dah... Dia on call katanya..." Siti hanya duduk bersandar sambil mengambil puding coklat yang dihulur oleh anak lelakinya itu...

"Aikk, cepatnya..." Zakuan hanya melihat reaksi mamanya yang sememangnya muram itu sambil mengeluh... ' Ayong, ayong... Kalau tak buat perangai memang tak sah...' Walaupun mamanya tidak menceritakan apa-apa, namun dia tetap dapat membaca wajah mamanya itu yang sedang sedih...

"Takpe la ma, biar aje ayong tu... Nanti kalau dia dah bersedia nak khawin, dia khawin la nanti... Mama tak payah la risau sangat ye..."

Siti hanya tersenyum hambar mendengar pujukan anaknya itu... Dia tahu bahawa Rian memang berniat untuk tidak berkhahwin, walaupun dia tidak tahu akan sebabnya, namun naluri keibuaannya itu kerap kali berkata bahawa anak perempuannya itu ada menyimpan rahsia sehingga dia berkelakuan sebegitu...

**********
"Hmmphhh" Rian hanya mengeluh di dalam kereta... Semakin lama, semakin dia berasa bersalah terhadap mamanya... Dia akui bahawa kata-katanya itu sememangnya telah mengguris hati mamanya... Bukan dia tidak mahu berkhahwin, cuma rahsia yang disimpan menghalang dirinya daripada berumah tangga...

Sesampai sahaja di perhentian Sungai Buloh, Rian memakir kereta sportnya di hadapan R&R... Walaupun dia tidak berasa lapar, namun dia memerlukan tempat untuk dia berehat dari memikirkan semua masalah yang sedang dia hadapi... 'Haishh, kenapa dia kena ada dekat sini juga?? Serabut la aku dengan mamat ni...' Rian hanya membelek telefon pintarnya dengan harapan lelaki itu tidak menyedari akan dirinya di situ...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now