Bab 5

2.2K 67 5
                                    

Dua tahun telah berlalu setelah Megat Irham Zikri Megat Zakuan Hisyam selamat dilahirkan... Dan kini mereka sekeluarga sekali lagi berkumpul di rumah Hajah Puteri Amira untuk meraikan hari kemerdekaan yang tinggal dua hari lagi... Semua sanak saudara hadir pada malam itu, sedang Rian sibuk melayan Irham yang baru hendak berlatih bercakap tiba-tiba namanya diseru untuk ke ruang dapur... Dengan hati yang berat Rian mengagahkan dirinya untuk ke dapur selepas dia memberikan Irham kepada abang saudaranya...

"Iye ayah... Ada apa panggil ayong ni??"

"Ni ha, nenda ada benda nak beritahu kamu... Dengar elok-elok apa kata nenda kamu ni faham..."

Rian hanya mampu mengangguk mendengar arahan dari ayahnya... Dengan keluhan lemah dia mengambil tempat di atas kerusi set meja makan yang di import dari Singapura itu...

"Nenda dah bincang dengan ayah dan mama Rian... Kalau Rian tetap takde calon suami sampai hujung bulan hadapan, Rian akan berkhahwin dengan pilihan nenda..."

Rian terus membuat muka tidak puas hati kepada mamanya... Dengan perasaan yang berat Rian terus melangkah keluar dari ruang dapur yang secara tiba-tiba bertukar panas itu, dalam hatinya dia telah menyumpah dirinya yang tidak mampu untuk menolak permintaan atau dalam erti kata Rian paksaan dari nendanya itu...

Siti dan Halim yang melihat kelakuan anak perempuan mereka itu terus berjalan ke ruang tamu untuk menjelaskan tentang keputusan Hajah Puteri Amira itu kepada Rian... Mereka tidak mahu anaknya itu bermasam muka disebabkan hal penetapan perkahwinan dirinya...

"Rian... Dengar dulu apa yang mama dengan ayah nak cakap..."

"Mama, ayong dah cakapkan yang ayong belum bersedia nak khawin..."

"Ayong, nenda buat keputusan macam ni sebab dia tahu selagi takde paksaan selagi itula Rian takkan khawin..."

"Ayong, kamu khawin je la... Kesian angah tengok nenda tu... Dia betul-betul nak tengok kamu khawin..."

"Angah, ayong kata ayong tak nak khawin, ayong tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, tolong la faham..."

"Sampai bila ayong nak macam ni, asik tak bersedia je... Kalau asik macam ni bila nak khawinnya..."

"Mama dengan ayah tak kira, suka atau tak tahun ni kamu kena juga khawin..."

"Mama tolong la faham ayong, ayong tak sedia lagi nak khawin....... Please yah, faham ayong..."

"Tolong laa ayong, tolong laa khawin... Kali ni ayah dengan mama janji takkan bantah dengan sesiapapun yang kamu pilih... Tapi ayah nak kamu khawin sebelum hujung tahun ni, kalau tak ayah dengan mama yang akan khawinkan kamu dengan pilihan kami...."

"Ayong.... Kali ni je... Dengar la cakap ayah dengan mama tu..."

Selepas Zakuan membuka mulutnya untuk menasihati Rian, Rian terus mengangkat punggungnya dan masuk ke dalam biliknya... Beberapa minit kemudian Rian keluar dengan seluar jean dan memakai baju t-shirt Polo bewarna biru beserta cardigan bewarna kelabu... Dia berjalan menghampiri pintu utama rumah dua tingkat itu lalu membukanya... Semua yang ada di ruang tamu itu hanya mengeluh hampa melihat Rian yang keluar dari rumah tanpa sepatah kata... Deruan enjin kereta sport Ford Rian hanya mengundang kehampaan kepada Halim dan isterinya.... Selepas itu mereka hanya mengeluh lemah tatkala deruan enjin kereta milik Rian sayup-sayup hilang dari pendengaran mereka...

Rian menghentak stereng keretanya dengan kasar... Di dalam otak fikirannya dia sudah buntu untuk memikirkan hal perbalahan yang berlaku gara-gara keengganan dirinya untuk berumah tangga... Setelah itu, pedal minyak ditekan habis sehingga kelajuan keretanya itu mencecah hampir 200 km/j ... Sesampai sahaja di pakir kereta yang di khaskan untuk pengunjung yang ingin ke Pulau Tioman, Rian memakir keretanya berhadapan dengan persisiran pantai yang berhampiran dengan jeti...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now