Bab 6

2K 64 0
                                    

"Wei beb, kau series ke ni..."

"Korang ni, semalam dah beriya-iya sokong bagai... Tup tup, macam ni pula..."

"Ala, apa kata kau khawin je dengan Irfan... Tak pun dengan Irwan... Nazri pun okay apa..."

Membulat mata Rian mendengar kata-kata Aidil, semalam punya la angguk sampai nak tercabut kepala Rian tengok... Alih-alih tengah hari ni diaorang nak cancel pula...

"Wei Rian, kau betul-betul ke ni... Kalau yang datang tu suami orang macam mana??"

"Betul tu, entah-entah diaorang tu nak main-main dengan kau je... Kau takkan tak terfikir kalau-kalau diaorang tu tipu tentang diri diaorang macam mana... Ala, kita balik je la, tak payah la blind date ni semua... Please Rian..."

"Ishh korang ni, yang nak hadap diaorang tu aku, bukan korang... Drama la korang ni... Dah dah, korang duduk dekat meja sebelah... Pasang telinga korang tu elok-elok, dengar je isyarat aku terus call okay..."

Mereka berempat hanya mengangguk lemah... Rian yang telah menempah dua meja itu untuk menjalankan blind date dan tempat khas untuk kawan-kawannya agar mereka dapat menjalankan rancangan yang telah dipersetujui oleh mereka berlima... Air minuman yang di order Rian telah pun sampai, dia mengerling jam di pergelangan tangan kirinya itu, 12.30 ... Masa untuk rakyat Malaysia menikmati makan tengah hari...

"Mana meja nombor 24??"

"Encik jalan terus, kawasan meja ni berdekatan dengan kolam ikan..."

"Terima kasih..."

Pelayan itu hanya melihat jejaka tampan itu dengan senyuman yang meleret... Wajah pemuda itu yang panjang dan gaya rambut yang kemas memang menggoda perempuan yang memandang... Dengan ketinggian yang memenuhi kreatiria wanita abad 21, dan pemakaian yang kemas serta saiz badan yang sado sangat-sangat memukau sesiapa sahaja yang memandang...

"Hai..."

Rian mengangkat mukanya tatkala mendengar suara yang menegurnya...

"Hai??"

"Riana kan??"

"Ya, may I know who you are??"

"I Ishak, kita chat semalam... Remember me??"

"Oh ya, sorry... Duduk la..."

Rian hanya mengangkat keningnya apabila melihat lelaki itu duduk sebelum dirinya sempat menyuruh... 'Muka not bad, perangai haprak...' Dia hanya tersenyum membalas senyuman lelaki yang berada di hadapannya itu...

"Waiter..."

Rian hanya melihat kelakuan Ishak, dia memandang lelaki itu dari atas hingga bawah... 'Penampilan okay, muka okay, sopan ke longkang, attitude hampeh...' Pelbagai kesimpulan Rian lemparkan kepada lelaki itu... Melihat gaya Ishak yang melayan waiter itu dengan kurang sopan, Rian mengambil keputusan untuk memberi isyarat kepada rakan-rakannya... Dia menyedut minumannya lalu dia menghentak gelas itu berdekatan dengan kusyen pemisah antara tempat duduk Rian dan kawan-kawannya...

Shuhada yang mendengar terus mencapai telefon pintarnya itu lantas mendail nombor Rian... Beberapa minit selepas itu telefon Rian berdering...

"Hello... Ya, sekarang?? Baiklah..." Telefon yang dipegang dimasukkan kedalam poket seluarnya, Ishak yang memerhati Rian ketika panggilan telefonnya diangkat hanya bedehem...

"You, sorry, I kena pergi, ada emergency... Sorry again ye..." Rian terus keluar tanpa menghiraukan panggilan lelaki itu... Manakala Ishak hanya mampu mengeluh hampa... Beberapa minit selepas Rian melihat pemuda tadi meninggalkan restaurant itu Rian terus memasukinya kembali...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now