EPILOG II

2K 60 3
                                    

Kawasan tanah perkuburan islam yang dibasahi dengan titisan air hujan yang kian renyai membuatkan suasana tampak tenang dan damai, namun kegeloraan di hati Harris langsung tidak dapat diredakan walau setenang dan sedamai manapun persekitarannya... Dia menangis sekali lagi di hadapan dua batu nisan yang berdiri tegak di atas tanah, entah kali keberapa air mata lelakinya tumpah ke pipi untuk sepanjang satu minggu itu...

Sudah dua minggu berlalu sejak ulang tahun perkhawinan dia dan Riana yang ke lapan tahun... Bunga ros putih yang masih berada di tangan di tenung sekejap, sudah hampir dua jam dia berada di tanah perkuburan itu dan dia masih lagi punya perkara yang perlu diselesaikan termasukla mencari isterinya...

Dua Minggu Yang Lalu...

"Rian memang tak benarkan sesiapa pun bukak cerita pasal kemalangan tu bukan sebab haritu merupakan permulaan sejarah hitam dia tapi sebab dia adalah satu-satunya orang yang berjaya survive dari kejadian tu dan dia jugak witnes bagi semua yang berlaku... Bagi Rian semua tu sangat-sangat perit untuk dia ingat, suara-suara yang mintak tolong plus wajah kawan-kawan seperjuangan dia yang terkorban masa tu..."

"Seminggu Rian ambil masa untuk terima kenyataan yang semua yang dia nampak adalah betul dan nyata... Seminggu tu jugak Rian murung..."

"Kitaorang serahkan dia dekat pihak berkuasa selepas seminggu tu, tapi in the same time kitaorang tetap pantau dia sebab kitaorang tahu yang Rian masih belum dapat sesuaikan diri dengan badan baru dia..."

Suasana di ruang tamu itu bertukar sepi sebaik sahaja John dan Camellia habis berbicara... Harris kembali termenung, menghadam segenap butir bicara ketiga-tiga makhluk yang dunia tidak pernah sangka akan kewujudan mereka... Tangan kasar Harris meraup perlahan wajah mulusnya, kenyataan itu merupakan kenyataan yang paling sukar untuk dia terima, tambahan pula isterinya sendiri merahsiakan banyak perkara dari dia... Memang sebelum ini dia pernah tertanya-tanya mengapa kulit isterinya itu tersangat putih dan kelihatan agak pucat... Malahan Rian juga sering mengenakan losyen yang bewarna gelap ke atas kulitnya...

"Kawan-kawan Rian tahu ke tentang ni???"

Jika tadi Harris hanya berdia diri kini giliran mereka bertiga pula berbuat sedemikian rupa... Saling berpandangan untuk mencari jalan penyelesaian... Sudah banyak perkara yang Harris tahu dari mereka bertiga mengenai perihal yang telahpun berlaku...

"Mungkin kau patut tanya diaorang sendiri..."

"Betul tu, hal ni kitaorang tak patut masuk campur... Lagipun kitorang cuma nak bagi tahu kau sesuatu... Tentang Rian..."

Dengan nafas yang sesak Allex terpaksa juga mengungkapkan kata-kata yang bakal merubah banyak benda terutama diri Harris...

"Kenapa dengan Rian??? Cakapla!!!"

"Mungkin Rian masih.... hidup..."

"Haaa???!!!"

"Mungkin!!! Kitaorang masih siasat tentang ni... Sebab dalam sejarah tak pernah terjadi macam ni... Sepatutnya hanya seorang yang bakal terkorban tapi kali ni dua-dua sekali dan ada kemungkinan yang Rian masih hidup mengikut buku purba..."

**********

"Saya nak jumpa dengan Puan Aidil..."

"Encik ada buat appoiment ke???"

"Tak.... Maklumkan pada dia yang kenalan dia nak jumpa... Just cakap Harris nak jumpa, urgent..."

"Sekejap ya Encik Harris..."

Ruangang koridor yang terhias cantik tidak langsung menarik perhatian Harris... Pandangan-pandangan liar dari perempuan-perempuan yang berada di koridor juga tidak diendahkan... Senyuman dari penyambut tetamu yang berada dihadapannya juga tidak dibalas... Dalam fikirannya sekarang adalah dia ingin menyelesaikan segala-galanya dan mencari isteri yang dia tahu mencintai dirinya juga...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now