Bab 21

1.7K 45 1
                                    

Rian menapak turun ke dapur setelah beberapa minit Harris turun ke dapur... 'Apala yang laki aku buat dekat dapur tu?? Dah la senyap je, takkan dah siap masak??' Mata Rian meliar mencari kelibat Harris namun masih belum ditemui, keluhan dikeluarkan, untuk apa pun dia tidak pasti... Perutnya mulai mengeluarkan bunyi, 'Aduh, perut.... Sabar sekejap ye...' "Harris... Oh Harris..."

Panggilan dari Rian didengari oleh Harris namun mulutnya masih terkunci, hendak dijawab takut jika segala perancangan yang dibuat tergendala... "Siap pun..." Akhirnya meja yang terdapat di bahagian swimming pool siap digubah dan sesekali bunga yang terdapat di dalam vase dibetulkan sedikit... Senyuman puas diberikan, tidak sia-sia dia mencari dekorasi itu di dalam YouTube...

"Ape benda yang siap???"

"Whaaaaaaaaaa!!!!!" Sapaan di tepi telinganya itu membuatkan Harris menjerit dan terlompat... Rian yang melihat tergelak kecil, dari tadi dia melihat Harris yang kelihatan sibuk dengan menghias meja yang berada di halaman belakang rumah agam itu... Harris mengurut dadanya yang masih berombak, jantungnya masih berdegub laju dek kerana sergahan tadi... Walaupun tidak kuat, namun suara Rian yang menyapa gegendang telinganya membuatkan dirinya terperanjat... Harris melihat Rian yang tersenyum melihat telatahnya itu, hatinya tersenyum senang, senyuman yang mahal utnuk diperoleh kini dilemparkan kepadanya hanya kerana dia terkejut...

"Ehemmm... Kenapa tiba-tiba nak makan dekat sini??"

"Saje... Awak tak suka ke???" Rian hanya mengangkat bahunya menjawab pertanyaan suaminya itu... Matanya melihat segenap hiasan yang terletak elok di atas meja...

"Awak nak air ape??"

"Apa-apa je..."

Air fresh orange dituang kedalam gelas, Rian yang kini berada dihadapan Harris dikerling sembunyi... Walaupun Rian hanya mengenakan baju berlengan pendek dan seluar pendek paras lutut, 'Wait... wait... wait... paras lutut!!! biar betik...' air liur yang ditelan terasa pahit, nafsu lelakinya bergelora seketika... Pertama kali dia melihat peha gebu isterinya itu... Selepas siap menuang air, tangannya menggeletar menghulur gelas yang berisi air fresh orange, Rian hanya menyambut tanpa menyoal... Walaupun berasa pelik dengan kelakuan suaminya itu, Rian hanya beriak selamba...

"Makan la... Saya tak jamin la kalau tak sedap sebab saya tengok google..."

"Hmmmmm....." Air diteguk perlahan... 'Sedap...' Harris menadah tangan untuk membaca doa... Selepas selesai membaca doa nasi goreng dengan chicken chop yang disediakan dijamah mereka berdua...

"Awak..."

"Hmmmm...." Rian menghentikan seketika pemakanannya, matanya kini dialih kepada suaminya... Memang kebiasaan bagi Rian untuk bertentangan mata dengan orang yang bercakap dengannya...

"Mama ade call saya semalam... Mama nak kita balik rumah dia bila awak dah balik..." Kepala Rian diangguk sekali, air di sebelahnya diambil lalu diteguk perlahan... Setelah beberapa minit mereka berdua diam, Rian memulakan bicara...

"Awak cuti bila???" Pertanyaan Rian tidak dijawab terus, sebaliknya dia diam sebentar untuk membiarkan otaknya ligat berfikir mencari tarikh cuti...

"Minggu depan saya dah start cuti sem, saya habis exam isnin minggu depan... Awak nak balik bila???"

"Lepas awak habis exam la, alang-alang tu senang sikit..." Harris mengangguk faham... Makan petang itu hanya ditemani dengan kicauan burung...

**********

"Mak!!!! Najwa ada call mak tak???" Syakila menjerit memanggil maknya yang berada di dapur...

"Takkk!!!!" Pertanyaan anak perempuannya itu dijawab dengan jeritan yang lantang...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now