Bab 26

1.7K 54 0
                                    

Wajah Rian kian memerah menahan amarahnya, Zakuan, Riasya dan Asyraf hanya diam tidak berkutik saat mereka melihat tangan kakak mereka itu tergenggam erat menandakan amarahnya telahpun sampai ke tahap maksima, mengetahui akan baran yang sedia ada pada ayongnya itu mereka bertiga bertindak untuk menjauhkan diri mereka dari tempat itu...

"Kau kalau nak mati dekat sini kau cabar la aku..." Tangan yang di genggam erat tadi telahpun selamat sampai ke leher pendek Hashima, terkejut dengan tindakan Rian Hashima mengambil langkah untuk mendiamkan diri tambahan pula dia selepas dia melihat mata Rian yang diselaputi dengan amarah yang sangat hebat... Genggaman di leher Hashima dikuatkan, meronta-ronta Hashima agar sepupunya itu melepas tangannya...

"Kau nak cabar aku... Haaa!!!!!" Kini Rian pula menengking Hashima dan nada suaranya yang tinggi telh menyebabkan semua yang ada di rumah itu bergerak ke ruang tamu... Siti terkejut dengan tindakan Rian segera mendekati anak perempuannya itu, dia mencuba sedaya upaya untuk menenangkan amarah Rian dengan mengusap belakang anak perempuannya itu... Terkebil-kebil Hashima tatkala suara tegas Rian menyapa kuat telinganya, dan selepas kehadiran Siti, Rian melepaskan cengkaman di leher pendek Hashima dan menapak kebelakang... Hashima yang malu diperlakukan seperti itu bertindak untuk menampar Rian dan sekelip mata pipi Rian terasa panas dek tamparan yang diberikan oleh Hashima... Haslinda yang secara tiba-tiba dating turut menampar pipi Rian sambal menayangkan senyuman sinisnya...

Perbuatan itu mendapat senyuman dan sorakkan dari rakan-rakan Hashima dan Haslinda, manakala Siti terkasima melihat anak perempuannya diperlakukan seperti itu... Zakuan yang risau dengan adegan itu terus menarik mamanya ke tepi dan menjarakkan diri dari mereka bertiga dan tanpa menunggu masa kedua-dua sepupu Rian itu ditolak kasar ke dinding dengan tangan sasa Rian... Kepala mereka berdua terhantuk ke dinding dan dalam beberapa saat selepas itu Rian mendaratkan satu tamparan yang maha hebat ke ke dua-dua belah pipi sepupu-sepupunya itu sehingga bibir mereka pecah... Tidak cukup dengan itu Rian menarik rambut adik beradi itu dengan kasar dan di humban ke lantai, tetamu yang berada di situ menjerit ketakutan melihat balasan yang diterima selepas Hashima dan Haslinda menampar Rian...

Hamidah yang ingin memberhentikan pergaduhan itu di haling oleh Zakuan, dengan wajahnya yang bengis ternyata dapat membantutkan niat emak saudaranya itu untuk membantu anak-anaknya... Halim kaku melihat perubahan drastic anak perempuannya itu, dan waktu itu mereka tahu yang amarah Riana sudah tidak dapat diredakan lagi...

Melihatkan kedua-dua sepupunya itu yang duduk terjelopok di ats lantai, Rian mendaratkan satu lututnya untuk menghadap wajah mereka berdua, beberapa saat kemudian kedua-dua tangannya mencengkam leher pendek adik-beradik...

"Kau bukan lawan aku, kalau kau ingat kau boleh pijak maruah aku dengan memalukan aku macam ni, kau silap besar perempuan... KAU. SILAP. BESAR.!!!!!" Mata yang sepet itu muali membesar menandakan tuan empunyanya sedang melepaskan amarahnya yang sangat dasyat... Dek kerana sakit dengan cengkaman yang di buat oleh Rian, kedua-dua beradik itu mengalirkan air mata mereka... Seperti baru sedar dari amarahnya, Rian merentap tangannya kasar dari leher sepupu-sepupunya itu...

"Kau dengar sini baik-baik ye, kalau setakat JANTAN macam ni, aku tak hadap la... Buat pengetahuan kau, aku tahu nak jaga diri aku macam mana dan kau dua orang baik cermin diri korang tu, korang ada dara lagi ke???" Dengan wajah yang bengis dan percakapannya yang senada itu cukup mampu membuatkan semua yang ada di situ gerun dan takut dengan gadis yang kelihatan cantik dan mampu mencairkan hati setiap lelaki yang memandang dan wajah bengis yang ditunjukkan juga mampu membuatkan mata yang meamndang tidak mampu untuk menutup mata kerana ketakutan yang melanda dek melihatkan wajah yang cukup mampu meragut nyawa orang itu... Air oren yang berada di dalam jug di atas meja di ambil dan di tuang di atas kepala dua beradik itu yang masih duduk di atas lantai, Zakuan, Riasya dan Asyraf hanya mengukir senyuman sinis memandang situasi itu...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now