2-7-?

560 31 1
                                    

"Guys, malam ni eh. Ready la lepas balik jam 10 tu," Aku mengingatkan tiga rakanku iaitu Farisya,Ainur dan Yati tentang aktiviti kami selepas pukul 10 malam ni.

"Okay babe!" Serentak mereka bertiga memberi kata putus.

10.00 malam bilik 2-7-3

Aku menyelak kitab yang kulitnya bercorakkan bunga-bunga mekar yang subur ini dan mataku menyelusuri setiap inci coraknya yang kemas itu. Di bahagian dalamnya pula, mempunyai kata-kata hikmat yang sungguh ajaib dan menakjubkan. Aku tak sabar. Aku jadi takjub dengan buku cantik ini. Kata-katanya sungguh...lain. Sudah lama aku membelinya dan menggunakannya namun aku tak pernah bosan untuk jatuh cinta dengannya. Cantik!

"Kau ni kan Ros, tiap malam duk tenung Al-Quran tu lama-lama. Memanglah bagus tapi lagi elok kita mula baca. Dah pukul 10 ni." Luah Yati yang sedari tadi memerhatikan aku.

Aku mencebik. "Okaylah, jom jom mulakan. Bismillahirrahmanirrahim...."

Maka, kami berempat pun mula bertadarus membaca Al-Quran tersebut.Inilah rutin kami setiap malam pada jam 10.00 malam sejak kami mula masuk ke alam universiti ini.

Sudah terlalu lama kami berkawan dan sepanjang itulah kami kerap berkongsi cerita tentang diri masing-masing. Dari kisah sendiri sehinggalah masalah yang dialami. Kawan-kawan pula sedaya upaya cuba membantu antara satu sama lain saat susah dan senang. Jadi, segala-galanya dilakukan bersama. Setiap malam kami akan membaca Al-Quran. Mana tak nya, Universiti yang terletak di kawasan barat daya Malaysia ini sudah terkenal dengan bermacam aneka kisah seram dan ramai pelajar yang terpengaruh dengan kisah sebegini termasuklah kami berempat.

Jadi, kami mengambil langkah bijak dengan sentiasa membaca Al-Quran sebelum tidur beramai-ramai tepat jam 10.00 malam untuk mengelakkan sebarang gangguan.

Keesokan harinya

"Seorang pelajar perempuan di Universiti XX telah ditemui mati oleh rakan sebiliknya di dalam bilik mereka jam 10.00 malam semalam. Mangsa disyaki membunuh diri dengan berdiri di atas katil double-decker dan menghalakan kepalanya ke kipas siling. Punca sebenar kematian masih disiasat." Sungguh lancar pembaca berita yang bertudung lilit hijau muda itu melaporkan kejadian yang baru sahaja berlaku semalam.

"Ya Allah, tu kampus anak aku !" Diana terjerit kecil setelah mendengar berita yang dilaporkan di televisyen sehingga tercampak telefon pintarnya yang berharga RM3000.60 itu. Dia risaukan anaknya, Hanum!

Di Universiti XX bilik 2-7-4

"Ibu, jangan risau ye? Kita okay je la bu. Kita kan wanita berguna, sejati dan bekerjaya. Apa apa pun, semua bukan salah sesiapa okay? Lepas ni pihak pengurusan akan ganti pelajar. No more sadness kay? Love you muah muah!"

Hanum memutuskan talian. Dia amat menyayangi ibunya. Dia berlari-lari anak ke tandas dan menangis sepuas hati. Sebabnya tiada siapa yang tahu.

Tiba-tiba, Hanum mendongakkan kepalanya memandang cermin dengan pandangan yang tajam. Dia menyengetkan kepalanya sedikit. Matanya dibulatkan dan hampir sahaja tersembul.

"Padanlah muka kau. Sekarang, Amirul milik aku. HA HA HA HA!!!"

Dalam bilik kuliah

Macam-macam cerita yang aku dengar. Macam-macam versi. Manusia memang selalu tak puas. Kalau tak kena rasa, dia mahu tokok tambah. Aku tak faham. Apa yang aku dengar. Shathirah membunuh diri dek kerana kekecewaan yang melampau terhadap bekas teman lelakinya, Amirul yang merupakan pelajar di universiti ini juga dan aku juga perasan dia kerap keluar dengan rakan baik Shathirah,Hanum. Bukannya aku ingin menjaga tepi kain orang tapi itu apa yang aku nampak je. Mereka bertiga adalah rakan kuliah yang baik. Dan apa yang menakutkan aku, bilik mereka adalah bersebelahan dengan bilik aku. Aku risau Shathirah....Argh! Apa aku cakapkan ni.

"Woit, menung je kau. Berangan jadi peguam ke kak cik oi? Hihihi. Harini I ada date ngan Bad. So, maybe balik bilik pukul 6 lagipun takde class, and esok cuti, " Yati memintas lamunanku sekaligus menyuarakan hasratnya.

"Eh haahla aku lupa pulak nak cakap harini aku kena balik dah petang ni. Ada kenduri esok." Farisya yang jarang sekali bercakap itu bersuara.

"Youols always ada something bila nak dekat cuti. Eh btw, I dengar pasal kematian Shathirah tu sebab jealous dengan Hanum tu lah! I taknaklah percaya but you know cerita tu dari wartawan tak bertauliah, Cik Arrisya Kepoh. Dia mana main-main kalau bab-bab gini. So, I percaya sikit." Ainur yang tiba-tiba datang sambil memintal hujung selendangnya cuba menghidupkan suasana.

Malam itu jam 9.30 malam

"Ros! Ros! Aku baru dapat panggilan dari mak aku weh! Ayah aku tenat sekarang. Aku kena ..tak! Aku wajib balik sekarang ni. Kau boleh kan tidur sorang? Sebab kau tahu kan bilik ni tak boleh takde orang. Kau faham kan?" Ainur termengah-mengah masuk ke bilik kami.

"Nur, apa dah jadi ni? Okay...aku...aku tak kisah pun. Hmm, aku harap ayah kau semuanya okay," aku memeluk Ainur erat sebelum melihat rakannya pergi.

'Masalahnya sekarang, aku tak boleh baca Quran harini. Dahlah aku sorang. Pukul 10 nanti kena baca Quran. Apa nak buat ni?!' Getus hatiku sendiri.

Aku berfikir sejenak. Melihat keadaan diriku yang hanya mampu membaza zikir-zikir harian itu. Aku bertekad untuk menyuruh Hanum,jiran bilik sebelah untuk membaca Al-Quran memandangkan biliknya berada di hujung blok.

Aku mengetuk pintu bilik 2-7-4.

TOK TOK TOK

Hanum membuka pintu sedikit menampakkan mata kanannya sahaja.

"Nak apa?" Tanya Hanum ringkas.

"Um...bi...bilik saya tiada orang nak bacakan quran. Saya hanya boleh baca zikir je. Boleh tak a...awak... tolong ba..bacakan quran?" Aku tergagap-gagap kerana aku lihat bilik itu terlalu suram. Bukannya aku tak tahu sekarang Hanum tinggal sendirian . Dua rakan biliknya yang lain memohon untuk pindah bilik sejak kematian Shathirah.

" Hehehehe..pertama kali dalam sejarah aku. Manusia suruh hantu baca Quran HA HA HA HA!!! "

Hanum mengilai sambil membuka pintu seluas luasnya menampakkan kakinya yang patah kebelakang dan ususnya yang terburai kebawah. Tiba tiba giginya tumbuh bergerigi dan menjerit menampakkan anak tekaknya yang terputus dua. Rahangnya patah kebawah.

"ARHHHHHHHHHHH !!!!!!!" Aku tersentak dan menjerit ketakutan sehingga dadaku berombak laju dan berlari ke bilik semula. Aku mengunci pintu bilik dan berselimut dalam gelap.

"A...aku takut. Aku taknak!" Sambil mulut aku terkumat kamit membaca ayat ayat yang diketahuiku.

"I can see you dear....."

Aku memejamkan matanya. Suara itu terlalu sayu. Tapi kenapa? Kenapa dan bagaimana?

Terkedu bila aku sedar yang suara itu bukan datang dari luar tetapi dari dalam bilikku sendiri. Hanum disebelahku.

Creepy Shits.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang