Sayang Ibu

211 14 2
                                    

"Mak, makan la mak. Penat orang masak tau. Inikan lauk kegemaran mak? Kari kepala ikan," pujukku sambil menghulurkan tangan ingin menyuap ibu.

Sudah 8 tahun ibu tetap begitu. Berat badan ibu menyusut dan semakin kurus. Sedih aku melihatnya. Mengapa jadi begini?

Aku mencuba lagi.

"Nganga la bu, orang suapkan ya?"

Ibu membuka mulut lalu aku menyuapkan nasi untuknya. Bahagianya aku melihat ibu begini. Aku tersenyum sendiri. Mata ibu terus memerhatikan aku berkelip-kelip dan tiba-tiba sahaja ibu menguntumkan senyuman manis buatku.

Sayang Ibu!

Perlahan, aku bangun dan menuju ke sebuah mesin. Mesin yang mengawal semua tingkah laku ibu. Kerlipan mata ibu. Senyuman manis ibu. Bukaan mulut ibu. Berjaya!

Akhirnya aku berjaya mencipta mesin ini dan ibu membantu aku menyiapkannya. Sejurus itu, aku menekan butang off dan ibu terus terkulai kayu di atas kerusi itu.

Sayang Ibu!

Creepy Shits.Where stories live. Discover now