Hi , nama aku Yanty . Pelajar tahun satu universiti tempatan di Perlis . Kisahnya aku ada roommate nama dia Ayuni . Awal awal perkenalan , kami sangat rapat apatah lagi kami berdua asal dari negeri yang sama . Walaupun kami berbeza kos , aku dan ayuni selalu ke kelas bersama . Semuanya berjalan dengan normal sehinggalah masuk bulan ke 4 .
Aku perasan sesuatu yang aneh tentang ayuni . Dia selalu pakai baju warna putih . Yang berbeza cuma tudung je warna lain . Bab tudung aku respect , sebab dia selalu pakai tudung labuh sepanjang aku kenal dia . Aku bukan lah tak nak tanya ke apa , tapi aku husnudzon mungkin dia ada masalah kewangan untuk belanja beli pakaian .
Okay yang tu first .
Secondnya aku perasan , dia selalu stay up sampai lewat malam . Walaupun dah 4 bulan aku sebilik dengan , tak pernah sekali pun aku nampak dia tidur . Selalunya aku yang akan tidur dulu sebab nampak dia kusyuk sangat mengadap buku so aku abaikan . Tapi yang menjadi tanda tanyanya ialah , dia selalu bangun awal dari aku . Aku pelik lah , tak tidur ke apa budak ni .
Satu malam tu aku decide nak siasat si ayuni ni . So malam tu aku nak stay up sekali dengan dia .
"Waa kusyuk nya awak , study apa tu ?" , aku bertanya sekadar nak memecahkan kesunyian .
Senyap .
Hmm aku dah start fikir pelik , ayuni tak jawab soalan aku . Aku perati je dia tunduk baca buku . Dari semalam aku tengok dia baca buku yang sama je . Rasa tak sedap hati pulak dibuatnya aku .
Aku pergi dekat dengan dia . Aku cuit bahu dia . Tak ada respon . Aku nekad nak tengok dia baca apa so aku datang lebih dekat .
Shits . Buku tu kosong ! Tak ada apa apa tulisan pun dalam buku tu . Peluh mula menitik . Aku gelabah . Ayuni pandang aku dengan satu senyuman yang aku kurang pasti .
"Awak dah tahu ?"
Dan lepas tu , dunia aku gelap .
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//