"Woih mat ! Tak nak balik ke ? Senja dah ni . Kang tak pasal jumpa kawan-kawan lain kekgi . Ni pun nampak redup pelik benor ni"
Firdaus atau nama glamournya Pidah membetulkan helmet . Motor kapcai usangnya juga sudah dihidupkan .
"Longkang betul mulut hang ! Kalau tak celupar tu tak sah !" dengan mulut yang tak berhenti membebel , mat atau nama sebenarnya Syeikh Muhammad Al-Kalam Umar Aiqil bin Syeikh Hamka Solehin menyarungkan tshirtnya yang tersidai di atas pokok .
Kesian mak bapak mat , nama bukan main panjang tapi lepas dipendekkan sependek-pendeknya , jadilah MAT .
Lepas beberapa minit , hujan turun . Bertambah malang pula nasib si mat bila motornya tetiba mampuih . Pidah sudah jauh di hadapan meninggalkan mat .
Maka berseorangan lah dia .
"Sial la . Time ni jugak kau buat hal . Dah masuk maghrib ni . Hujan makin lebat pulak . Si pidah ni pun satu ! Asal setan sangat tak tolong aku," mulut puaka mat tak berhenti membebel . Bengang dengan nasib diri .
Dalam masa mat meratapi kisah hidupnya yang malang tak berbau dan tak guna itu , hujan berhenti secara tiba-tiba . Aneh !
Mat toleh ke sisi . Pucat muka mat . Encik langsuir ( eh encik ke? 😂) tengah payung mat daripada terkena hujan .
Dengan mulut robek dan gigi tajam , Encik Langsuir memandang mat ,
"Jangan cakap abang tak payung"
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//