"Abang nampak comel berdiri macam tu. Sayang suka sangat . Walaupun muka abang dah tak sempurna macam dulu tapi abang tetap sempurna di hati sayang ."Nurin menatap wajah suaminya penuh kasih . Sudah 4 tahun mereka bersama namun beberapa minggu lepas Nurin dikhabarkan dengan berita pernikahan suaminya dengan kawan baiknya sendiri,Siti.
Remuk,hancur hatinya . Namun,disebabkan sayang Nurin tetap ingin berada disamping suaminya . Hanya ajal yang dapat memisahkan mereka.
"Tapi abang curang ! Abang sanggup kahwin dengan kawan baik sayang sendiri ! Takpe bang , sayang tak marah hihihi . Sayang akan tolong abang bersama dengan bini baru abang ye . Janji abang selalu ada dengan sayang"
Luah Nurin kepada pasangan sejoli yang sedang tergantung di siling dengan keadaan lidah terjulur keluar, sebelah mata dicabut dan kedua-dua tangan di potong. Di tangan kanan Nurin ada sebilah pisau yang dipenuhi darah dan di tangan kirinya pula ada dua biji mata milik Fateh dan Siti.
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//