Brainwash

273 20 1
                                    

Harini masuk tahun baru. Aku masih dekat sini. Dekat tempat pengumpulan orang-orang sampah bagi 'mereka' yang tak punya hati perut. Kejam. Pembunuh. Sudah lebih dua tahun aku menjadi tahanan di sini. Sehinggakan aku tidak sedar sejarah aku. Setiap pagi aku cuba ingat siapa aku.

Dua tahun lepas, sewaktu aku sedang belajar bersama beberapa orang yang aku percaya mereka adalah rakan-rakanku. Bilik darjah kami diserang oleh beberapa orang bersenjata. Setiap inci tubuh badan mereka dipenuhi oleh machine gun. Aku tersentak. Apa dah jadi. Seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna ungu dihadapanku dibunuh dengan kejam. Dengan sekali tembakan, peluru itu menembusi dadanya. Maka, bersepailah organnya.

Tiba-tiba, 'mereka' memberi arahan untuk kami. Perempuan sahaja. Mereka menyuruh kami membuka tudung kami. Ya, kain yang menutupi kepala itu. Tembakan demi tembakan dilepaskan. Beberapa lelaki dalam kelas itu dibunuh beramai-ramai. Aku dapat menangkap perbualan mereka. Mereka kata useless. Aku tak tahu apa yang lebihnya kami perempuan.

Sampai itu sahaja yang aku ingat. Apa yang jadi selepas tu aku tidak ingat. Mungkin aku sudah di brainwash oleh 'mereka'. Sekarang, dunia 2100. Aku dipaksa menjadi survival dalam dunia penuh manusia mati diluar sana yang digelar zombi. Aku tidak boleh lari.

Creepy Shits.Where stories live. Discover now