12:20 am ; 16 Oktober 2016Malam makin melarut dan aku pula sedang asyik membaca cerita-cerita seram yg direka oleh teman-teman bagi mengisi masa terluang sebelum mata ni terpejam sehingga keesokkannya. Sedang leka membaca dan menjudge cerita entah pape mereka, terasa angin dingin menerpa di kaki.
Tidak semena-mena bulu romaku menegak.
Mataku liar memerhati sekeliling,namun tiada apa yang aneh.Aku teruskan lagi aktiviti tak berfaedah ini.Tiba-tiba iphoneku bergetar menandakan ada chat baru masuk.Apabila diteliti. Unknown number menghantar kan emoticon '🌚' kepada ku.
Sedang jariku hendak menaip 'siapa'
Aku menerima sekeping gambar daripada nombor yg sama. Bila diteliti , itu gambar aku ! Gambar itu seolah-olah diambil daripada arah belakang .Aku terus menoleh dan larangan Jangan Pandang Belakang terus aku abaikan.
Fuh ! Mujur tiada apa-apa . Iphoneku bergetar sekali lagi . Sekeping gambar dihantar oleh nombor yang sama. Kali ni gambarnya sedikit berbeza . Diambil dari jarak yang lebih dekat dan tepat-tepat diambil di hadapanku . Sangat dekat. Muka aku jelas kelihatan . Dan aku tahu apa nasib aku selepas ini.
Last seen : 12:40 a.m ; 16/10/16
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//