Malam tu lebih kurang pukul 12 , aku pergi basuh baju dekat bilik air tingkat 2 . Masa tu je sempat nak buat sebab minggu ni study week , memang sibuk giler2 lah . Mula2 aku ajak kawan , tapi dia tak nak ikut . Katanya nak study untuk exam esok .
Lepas berkira-kira tu , aku decide nak pergi sorang2 . Takut tu adalah sikit , tapi boleh handle lah since dekat tingkat 2 tu ada lagi dorm2 yang cerah . Maybe ada students tgh study malam .
Time aku tengah kusyuk berus2 baju tu sambil nyanyi nyanyi bagai , datang sorang akak ni . Rambut panjang lurus . Muka aku tak sempat nak usya acaner . Dia masuk bilik air then berdiri depan cermin .
Masa tu aku tak ambik kisah sangat dia buat apa . Aku sambung je kerja aku berus baju baju tu . Tak lama tu akak tu pun bercakap dengan aku , "Adik nak akak teman ke ?" . Suara dia perlahan je , tapi sempat lah aku tangkap apa yang dia cakap .
"Ha ah , boleh jugak kak kalau akak tak kisah" , aku bersyukur sangat lah ada orang sudi teman . Kuranglah sikit rasa sunyi tu . Masa nak angkat baldi kain , aku bongkokkan badan sikit . Allahuakhbar! . Terkejut aku , kaki akak tu tak jejak lantai !
Tiba tiba aku teringat pesan abang aku , kalau nak tengok tu orang ke setan , check kaki dia jejak tanah ke tidak . Haa kau , gelabah lah sikit time tu . Tapi good thing aku bukan spesies cepat panik sampai nak menjerit histeria bagai . Aku buat buat tak tau . Baju dah la ada separuh lagi tak basuh . Memang sial betul .
Aku keep calm . Jantung memang dah dup dap dup dap laju , menang racing kalau bertanding ni . Then aku cakap kat akak tu , "akak saya dah siap basuh baju ni . Saya masuk dulu ya" . Suara maintain cool . Baju yang separuh lagi tak basuh tu , memang aku niat nak hantar dobi dah esok . Lantak lah bayar mahal pun .
Tiba tiba akak tu mengilai . Duh ! Setan ni buat perangai . Dia pun tanya aku , "dah sudah ke dah tahu ? Hihihihi" . Allahu kelam kabut ribut aku lari masuk dorm . Semua baju aku tinggal situ . Biar je macam tu . Esoknya aku demam seminggu .
ANDA SEDANG MEMBACA
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//
