"Wow lawanya kaki kau sia ! Kuku pun warna warni"
Peah membelek-belek kaki roommatenya,Jemah . Entah apa yang pelik dengan si Peah ni suka sangat belek-belek kaki orang ! Apa dia takde kaki ke ?
"Hihi mekasih la Peah hoi . Yang kau duk belek-belek kaki aku ni , kau takde kaki ke ha? Meh aku tengok pulak !"
Tanpa meminta izin , Jemah menyelak sedikit kain Peah untuk melihat kakinya .
"Peah...mana k-ka..ki kau ?" dengan suara terketar-ketar Jemah mendongak ke atas .
"Hehehe aku mana ada kaki ! Pinjam kaki kau kejap hehehe . Kakimu kakiku jua"
Kini tahulah Jemah kenapa semua bekas roommates Peah menjadi kudung .

ANDA SEDANG MEMBACA
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//