Cuti sekolah lepas , aku dan keluarga bercadang nak balik kampung nenek dekat Kelantan . Kami bertolak dalam pukul 10 pagi macam tu . Tapi trafik teruk gilerr jamnya . Dekat 3 jam jugak kami terkandas . Sudah lah perjalanan dari Ipoh ke Kelantan memakan masa yang lama .
Ayah aku bercadang nak guna jalan jauh sebab kurang sikit jamnya . Jadi kami akan lalu Gua Musang sebab situ kereta tak banyak cepat sikit sampai .
Jam 7.30 malam .
Kami sampai dekat Gua Musang . Ayah bagi cadangan nak solat maghrib dulu baru sambung perjalanan .
"Ayah , adik lapar lah . Nak makan" , adik bongsu ku mula merengek lapar .
"Adik lapar ye . Jap ayah cari kedai makan dekat-dekat sini" , ayah mula membelok ke kiri apabila ternampak sebuah warung kecil . Agak usang warung tu tapi tak apa lah janji ada kedai !
Kami semua turun dari kereta dan mula memesan makanan . Aku perhatikan keadaan sekeliling warung lama tu . 'Seram do hutan je keliling ni' , desis hati ku . Aku rasa tak sedap hati .
Lepas saja makanan sampai , aku terus makan cepat-cepat sebab tak sabar sangat nak blah dari situ . Seram sejuk dah aku rasa . Dah lah family aku je ada dekat situ .
Habis je makan tu , ayah terus pergi dekat kaunter nak bayar . Warung lama pun ada kaunter jugak tau ! Jangan main-main . Aku dengan yang lain cadang nak tunggu ayah dalam kereta aje .
"Eh mana ayah kau orang ni ? Bayar pun lambat ke ?" , ibu mula bersuara .
"Entah" , kami tiga beradik menjawab .
'Ya Allah mana ayah ni ? Janganlah jadi apa-apa pulak' aku mula tak sedap hati .
Lepas beberapa minit , ayah datang dekat kereta dan muka ayah pucat sangat ! Ayah macam gelisah je .
Tingkap kereta diketuk . Ayah nak bercakap dengan ibu ."Abang ada berita buruk ni" , ayah dengan nada cemas memberitahu ibu .
"Kenapa bang ? Apa dah jadi" , jelas nada kerisauan dan ketakutan dalam suara ibu.
"Abang tertinggal dompet dekat rumah"
YOU ARE READING
Creepy Shits.
МистикаMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//