Lazimnya aku pasti akan rasa mengantuk bila masuknya jam 10.00 malam. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin aku sudah terbiasa dididik oleh mama dan papa aku untuk tidur awal sejak dari kecil."Weh,aku naik tidur dulu lah. Dah time aku dah ni" beritahu aku pada Syafiqah .
"Hmm ye lah. Night babe" Syafiqah membalas.
Setelah menutup lampu dan merebahkan badan ke katil , aku terus mencari bantal golek untuk dipeluk. Aku ni jenis yang memang tak boleh tidur tanpa bantal golek. Aku terus meraba-raba di sebelah kanan aku untuk mencari bantal golek tu.
"Haa ni pun" aku memegang objek yang seakan-seakan bantal golekku.
Apa lagi,terus aku peluk bantal golek kesayangan aku tu. Bilik aku ni terletak di tepi tingkap , so cahaya dari lampu luar rumah memancar sedikit ke dalam bilik aku. Apabila aku mengiring ke kiri,aku nampak bantal golek aku berada di atas lantai kerana terjatuh mungkin.
Aku pun mula berfikir, "Kenapa bantal golek aku ada dua? Kalau yang kat lantai tu bantal golek sebenar aku,habis yang aku peluk ni apa???!!"
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//