Assalam dan Hi.
Boleh panggil saya dengan nama Nana . Setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, dan setiap masa , ada saja yang mengganggu saya . Bermacam-macam jenis yang saya jumpa . Sesetengahnya baik tetapi banyak yang jahat .
Dari saya kecil hinggalah sekarang , mereka sentiasa disekeliling saya . Saya sering didatangi makhluk-makhluk halus ini sama ada secara dekat, jauh mahupun dalam mimpi . Mereka datang dengan niat yang jahat tetapi ada juga yang datang dgn niat yg baik iaitu mereka ingin menyampaikan amaran kpd saya supaya berjaga-jaga . Sebenarnya kalau diikutkan, saya tak boleh nampak pun makhluk-makhluk halus ni semua . Tetapi ini rezeki drpd Allah SWT kpd saya . Saya mendapat kelebihan ini bermula sejak saya berumur 3 atau 4 tahun .
Bermula episod mata tak berhijab saya ketika saya sedang bermain berseorangan di ruang tamu . Tanpa diundang muncul seekor makhluk halus . Saya berhenti bermain dan mula mendekati makhluk itu dengan perasaan teruja . Ibu yang sedang melihat saya juga hairan . Saya memanggil makhluk itu dan mengajaknya bermain bersama . Entah apa yang saya fikirkan ketika itu , secara spontan saya mengigit makhluk itu . Menurut cerita ibu , rumah kami tiba2 bergegar seolah-olah berlaku gempa bumi . Makhluk itu mengamuk sehingga menyebabkan barang2 dalam rumah kami pecah dan rosak .
After years and years , pelbagai ikhtiar yang saya dan keluarga buat untuk tamatkan episod mata tak berhijab ni tapi semuanya gagal . Sebab utama saya bersungguh nak tutup hijab ni adalah kerana saya nak fokus dalam hidup . Makhluk2 ini sering menghantui hidup saya sehingga sampai satu tahap saya hingga kawalan dan sering mengamuk tak tentu pasal . Ramai ustaz dan pengamal perubatan Islam yang telah saya jumpa namun dengan kehendakNya , semua usaha saya menemui kegagalan .
Di sekolah , saya juga turut diganggu . Waktu menjalani sesi pembelajaran , makhluk2 halus ini sering melintas dihadapan saya agar tumpuan saya terganggu . Kadang2 mereka sengaja menyerupai rakan2 saya . Pernah sekali semasa saya di tingkatan 2 , saya didatangi oleh seorang wanita cantik , berkulit putih dan berbau harum . Dia berpakaian serba putih dan bertudung . Dia datang dengan niat mahu meminta bantuan . Setiap hari saya dianggap kurang siuman di sekolah kerana sering bercakap sendirian . Wanita itu merupakan seorang puteri bunian di bukit . Dia mahu saya membantunya mencari ahli keluarganya tetapi saya menolak sekeras-kerasnya . Sekiranya saya bersetuju untuk membantu puteri itu , kemungkinan besar saya mungkin tak akan berada si sini dan menulis kisah ini .
2 minggu berlalu dan Alhamdulillah puteri itu sudah menghilangkan diri . Namun sudah jatuh ditimpa tangga , saya didatangi pula oleh seorang kanak2 kecil yang berwajah bengis . Budak itu sering menganggu saya ketika di dalam kelas . Tempat yang menjadi kesukaan dia ialah di atas kepala deskmate saya . Di mana saya berada , di situ ada dia . Sepanjang seminggu saya berteman , ustazah sering memerhatikan saya . Sehinggalah ustazah serta guru2 agama yang lain bercadang untuk membuat bacaan Yassin secara besar-besaran dan mendoakan keselamatan saya serta pelajar2 yang lain .
Saya ditempatkan di tengah2 bulatan manakala pelajar2 serta warga guru duduk mengelilingi saya . Sebelum sempat bacaan Yassin dimulakan , saya sudah pun mula meracau tanpa henti . Saya dipegang oleh 4 orang ustazah . Sepanjang bacaan tersebut , saya bertindak agresif . Anak mata saya juga turut berubah menjadi kehitaman . Pelajar2 perempuan mula menjerit ketakutan .
Ustaz mengarahkan para pelajar menguatkan lagi bacaan . Alhamdulillah tiada yang terkena histeria . Benda yang berada di dalam badan saya menjerit dengan kuat dan suara yang menyeramkan . Pada tika ini , saya sudah tidak sedarkan diri .
Selesai sahaja bacaan Yassin , saya mula sedarkan diri dengan keadaan badan yang lemah sehinggakan saya ditahan di dalam wad selama 3 hari . Sejak dari kejadian itu , saya mula mengamalkan ayatul Kursi dalam kehidupan seharian saya sehingga hari ini .
Ini kisah saya , MATA TAK BERHIJAB . Terpulang kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak . Tapi ini pengalaman yang paling saya tak boleh lupakan .
Cc : Nana
![](https://img.wattpad.com/cover/85350527-288-k130086.jpg)
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//