Kalau malam-malam minggu macam ni aku lebih suka melepak dengan kawan-kawan sekuliahku. Tapi, harini aku tak rasa aktiviti tu berguna. Semalam, sedang aku menonton siaran televisyen yang memaparkan berita-berita terkini, aku tergamam.
Mana taknya, sekarang negara aku iaitu negara Malaysia yang sebelum ini aman damai sudah dicemari. Dicemari dengan aktivis-aktivis liar yang hanya berjuang untuk menyebarkan ideologi busuk mereka.
Kami, dinasihatkan untuk tidak keluar rumah buat sementara waktu terutamanya di kawasan ibu kota, Kuala Lumpur.
Talian internet hanya dibenarkan beroperasi satu jam iaitu pada jam 12 tengah malam sehingga 1 pagi sahaja. Manakala, panggilan biasa tidak dibenarkan. Ini merisaukan aku yang meninggalkan emak di kampung berseorangan. Aku harap emak selamat.
Tepat jam 12 malam, aku terjaga. Data internet dibuka. Laju aku menaip sesuatu di keypad.
"aPer La JaMAn CenGkeraNg NieYH, CeMuA X ceLAmAt, IteRw TaKoWt,"
Aku la si keyboard warrior.
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//