Kejadian ni berlaku sebelum mama aku dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke bahagian A&E (Accidents and Emergency) . Ya , mama aku bertugas sebagai seorang jururawat di sebuah hospital swasta .
Seorang pesakit tua yang telah nazak didaftarkan di ICU hospital mama aku . Pesakit tu memang betul-betul nazak , tinggal nyawa-nyawa ikan je . Tapi yang hairannya , umur dia masih panjang dan susah sangat nak mati .
Okey , dipendekkan cerita . Mama aku berkerja shift malam bersama 3 lagi rakan sekerjanya . Selepas pukul 10 malam , waktu melawat pesakit tamat . Semua nurse kena pastikan patients tidur dengan selesa .
Masa tu mama aku dengan kawan dia pergi lah jenguk katil pak cik tua nazak tadi . Dia orang pun check lah apa yang patut dan pastikan pesakit makan ubat .
Lepas mama aku siap check apa yang patut , dia pun berpaling membelakangi pak cik tadi . Kawan mama aku terpandang pak cik tu . ALLAHUAKHBAR ! Membuntang mata dia tengok pak cik tu .
Bayangkan . Lidah pak cik tu menjulur ke bawah sampai cecah lantai . Mata dia membesar macam nak pecah . Kawan mama aku terus tarik mama aku pergi dari situ . Sekarang tahulah kenapa pak cik tu liat sangat nak mati , bela saka rupanya .
Moralnya dekat sini , kita ummat Islam tak payahlah sibuk nak bela , berkawan dengan jin dan syaitan ni bagai . Kalau nak mintak perlindungan , mintak lah dekat Allah ! Dia yang berkuasa . Jin dan syaitan ni semua licik . Kaburkan mata manusia dengan sandiwara mereka . Memanglah masa muda kesan dia tak nampak lagi tapi yang tanggungnya bila tua nanti ! Susah sangat jin tu nak tinggalkan badan tuan dia selagi pewaris dia tak terima jin tu . Sebab tu lah jadi masalah bila nak meninggal . Jadi liat sangat nak mati . Chapter seterusnya author nak cerita pasal Saka .
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//