Selamat malam dan selamat membaca .
Cerita ni dari pengalaman aku sendiri . Ya , aku yang alaminya . Benda ni terjadi tahun lepas , tahun 2015 .
Masa ni aku duduk dengan abang sulung aku je dekat rumah sebab parents dengan adik aku pergi hantar abang ngah aku dekat KL .Benda ni start nak jadi dekat waktu maghrib . Aku tengah syok layan TV masa tu . Mula-mula tu bukanlah kena kacau sampai histeria bagai cuma 'dia' acah-acah nak gurau la gitu . Abang aku tengah baring dalam bilik dia , aku pulak dekat ruang tamu .
Masa aku tengah duk mengadap TV tu , tiba-tiba aku rasa belakang aku macam kena lastik . Faham kan maksud aku tu ? Macam ada orang lastik kau dari belakang . Ha macam tu . Pedih tu rasa lah jugak sikit . Aku pun pandang belakang la nak tengok jembalang mana yang buat .
Aku ada jugak marah abang aku sebab kacau aku . Lepas tu baru aku sedar , dia duduk dalam bilik . Aku pulak sorang-sorang dekat situ . Dan diingatkan sekali lagi , aku dan abang aku je dalam rumah masa tu .
Ya Allah , perasaan time tu berdebar gila . Buat hal betul lah . Aku dah la spesies lemah semangat . Tapi aku bersyukur gak sebab 'dia' tak tunjuk muka . Okey habis senja , sekarang nak masuk sesi malam .
Malam tu , hari yang sama . Aku tengah study subjek addmath untuk exam esok harinya . Aku guna bilik parents aku sebab ada air-cond . Abang aku pulak tengah layan TV dekat ruang tamu . Dalam pukul 9 macam tu , aku rest la sekejap sambil main phone . Bilik tu berkunci masa tu kiranya aku memang sorang-sorang lah dalam tu .
Tengah duk syok main phone . Aku dengar dari arah tingkap ada suara panggil aku . Arrisya ~ ha macam tu . Sumpah tak tipu . Aku tengok kiri kanan . Muka tak payah cakap arh , memang pucat habis . Suara tu macam perempuan tapi tak lembut dan tak kasar . Biasa je . Macam suara orang . Aku tanya jugak abang aku sebelum tu , ada panggil aku ke ? Tapi dia cakap tak . Dan tu sangat logik sebab suara yang panggil nama aku tu sangat jelas . Macam dekat je dengan aku walhal kalau suara abang aku mestilah tak jelas sangat sebab jarak tu jauh .
Jadi malas nak fikir panjang , aku ambik langkah berjaga-jaga iaitu buat tak tahu dan buka pintu bilik luas-luas incase nak jadi Hussain Bolt lari selamatkan diri .
Moralnya dekat sini ialah kita jangan lah tengok TV waktu senja ya , syaitan banyak sangat masa tu . Lebih baik kita siapkan diri untuk solat maghrib .
Keduanya , bila kena kacau , seeloknya kita buat tak tahu dan berdoa pada Allah supaya lindungi kita . Benda ni kalau kita buat tak tahu , In shaa Allah dia tak kacau dah .
Ketiganya , masa study jangan main ! 😂 Aku rasa benda tu nak kasi warning suruh aku berhenti main kot . Husnudzon tu penting ya !
Btw , cuba tengok dekat tingkap . Sebab aku dengar ada benda panggil nama kau .
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//