Cc : http://www.iiumc.com/
Bismillah, Dengan nama Allah aku menulis cerita ni. Aku harap sangat2 IIUMC akan pos cerita ni sebab benda ni melibatkan aqidah seorang perempuan Islam yang bila2 sahaja akan murtad.
Assalamualaikum, nama aku Man, usia lingkungan 20an. Ye, aku ex-uia. Aku mula alami gangguan makhluk halus sejak umur 9 tahun. Ustaz aku kata hijab aku dah terbuka. Dari subuh ke ishak aku akan nampak kelibat2 tertentu terutamanya dekat sekolah. Tapi penampakan tu tak lama, bukannya setengah jam kau nampak benda tu macam dalam drama2 tv tu. Munafik je semua tu. Kita bukan Tuhan untuk nampak makhluk ghaib selama tu dan sehebat tu. Penglihatan kita terbatas.
Mula2 benda tu macam berminat nak tunjukkan diri di balik pintu, dalam bilik air, atau ceiling rumah, tapi lepas tu aku mula nampak benda2 yang ada dekat orang. Dari belaan kepada gangguan. Aku mula nampak semua. Dah berbelas pusat rawatan islam aku pergi, ada jugak sesat ke mbah dukun sebab pakcik aku suka bawa aku,mak aku, abang aku jelajah2 ni. Dah sampai sana baru aku tahu mbah dukun yang dia bawak kitorang jumpa. Mulalah dia mintak pelik2 ayam hidup ke bangkai ayam. Balik tu semua istighfar beramai-ramai menginsafi kekhilafan diri.
Aku ke Darul Shifa’ cawangan Bangi, bertukar angin, kot2 serasi dan hijab aku boleh ditutup semula. Tipulah kalau aku kata aku tak takut, umur aku masa tu 10 tahun kot, menggigil badan2 kalau benda tu menyeringai. Aku tak boleh tidur sendiri sebab nanti aku kena tindih atau kedudukan aku diubah dari katil ke ruang tamu. Gangguan yang aku alami ni melibatkan satu keluarga aku (kitorang 3 beranak je, aku, mak dengan abang.) selalu jugak dia main ketuk2 pintu, keluarkan sound effect dari dapur bunyi macam orang memasak atau baling2 kaca. Dia buat macam rumah dia sendirilah senang citer kan.
Penjelasan yang sama, Darul Shifa’ kata ada benda yang aku buat mungkin, atau aku terima dalam mimpi menyebabkan hijab aku aktif. Tapi aku terlalu muda masa tu dan diorang tak boleh nak suka2 hati je cakap benda ni dari mana.Yup, darul shifa’ antara pusat rawatan yang aku salute sebab tak mudah men’sakakan keturunan orang. Good job!
Tahun berlalu. Aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Masa nilah gangguan aku semakin berat. Aku mula nampak kelibat paderi Kristian dalam rumah, asrama, atau ke mana2 aku pergi. Aku tak tau apa dia nak. Kat tangan dia ada macam kitab, aku syak bible. Dia hanya akan pandang aku dan senyum, not even a word. Jadi tugu kat depan kelas, depan rumah, dalam bilik. Tu jelah kerja dia.Aku bagitau mak aku,(ayah aku meninggal dunia masa aku 6 tahun) aku kerap mimpi masuk ke dalam gereja dan dengar orang nyanyi lagu2 ketuhanan Kristian. Dan dalam mimpi aku, ada sorang lagi budak perempuan. Muka melayu. Dia menangis kat dalam gereja dan pandang aku macam minta tolong, tapi ada sorang paderi baju hitam dengan salib kemain besar tergantung kat leher akan bawak dia ke tempat lilin kat tengah gereja. Budak perempuan tu sambil jalan menoleh ke belakang pandang aku sambil nangis. Aku pun menangis tengok dia tapi aku tak boleh bergerak, kaki aku macam kena paku kat situ. Selalunya aku akan terjaga sebab bunyi azan, rumah aku depan masjid.
I told Mak about the dream and the girl. Mak kata tu mungkin kesan daripada gangguan yang aku alami, don’t think too much or take it seriously. jadi kena banyakkan amalan harian macam solat sunat dan mengaji. Aku tak rasa macam tu! Aku tahu, paderi tu nak sampaikan sesuatu seperti dakyah ke agama Kristian? Dan budak perempuan tu? Kenapa dia ada dalam mimpi2 aku, ni bukan cinta pandang pertama guys. Kalau korang pernah alami gangguan korang akan faham antara tandanya adalah mimpi yang berulang.
Perlahan2 aku mula belajar pasal selok belok agama kristian. Pasal perjanjian baharu dan lama kitab bible, aku mula belajar daripada kawan2 chinese aku. Lepas tu aku bandingkan kalam dalam tu dengan Quran. Aku bukannya belajar sebab taksub dengan agama tu, agama aku masih Islam, aku solat dan mengaji. And yes, aku hafaz Quran dan berjaya tamatkan masa usia 13 tahun. Cuma aku nak tahu apa kaitan paderi tu, mimpi2 aku dan kitab kat tangan dia tu. Setiap kali kalau aku mimpi masuk dalam church, akan ada suara dari belakang tapi tak berwajah dia panggil aku SABIL. Dia kata tu nama aku, Man bukan nama aku. Aku makin bingung. Mak aku tertukar anak ke apa masa lahirkan aku kat hospital dulu?
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//