"Betul ke apa kita buat ni ? Aku takut lah wei" , Aidil memaut lenganku erat . Jelas dia menggigil ketakutan .
"Kita dah separuh jalan dah ni ! No turning back ! Kau jangan buat sial kat sini" , marah Badrul .
"Ha ah betul cakap Bad tu . Kita dah start mana boleh biar gitu je" , aku mengiyakan kata-kata Badrul .
Tipu lah kalau cakap aku tak takut . Sudah lama kami tak buat kerja ni . Tapi aku yakin kali ini pasti berjaya ! Aku dah buat kajian terperinci pasal ni . Kebarangkalian ritual kami malam ni akan berhasil ialah 100% !
Ya aku yakin !
Aku , Aidil dan Badrul memandang pokok rambutan milik Pak Ali yang berbuah lebat itu . Ya pasti malam ni kami akan berjaya mencuri semuanya !

ANDA SEDANG MEMBACA
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//