Galeri Seni

71 1 0
                                    

6 Jun 2003

Tuan Hisham mengelap peluhnya sambil melihat bangga bangunan usang yang telah lama ditinggalkan keluarganya ini masih utuh dan megah berdiri. Kini, bangunan lama ini telah dijadikan Galeri Seni impiannya.

Setelah lebih kurang sepuluh minit Tuan Hisham termenung, mindanya teringat akan anak tunggal lelakinya, Asiraf.

Dia mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3310 dan menelefon anaknya itu, "Helo Asiraf, papa nak cakap sikit ni. Sekarang, Galeri Seni keluarga kita dah siap. Kamu ni bila nak pulang ke Malaysia? Papa nak kamu uruskan bisnes papa ni, kamu faham tak?" sedikit tinggi suara Tuan Hisham cuba mendesak anaknya.

"Papa, stop it. I don't want that filthy art gallery. Stop calling me!"

Tuan Hisham mengeluh lemah.




8 August 2003

"Cantik! Cantik!" puji Tuan Hisham kepada pekerjanya, Faseb atas kekemasan pekerjanya itu dalam menguruskan Galeri Seni kesayangannya itu.

"Terima kasih pak, terima kasih," tersengih-sengih Faseb yang berasal dari Makassar, Indonesia itu mendengar puji-pujian dari majikannya.

"Faseb, esok anak saya Asiraf akan masuk kerja dan akan menjadi majikan baru kamu, okay?" Tuan Hisham menepuk-nepuk bahu Faseb dan terus berlalu pergi.

"Baik, tuan."




9 Ogos 2003

Sebuah kereta sedan biru berjenama Honda berhenti dan parkir di perkarangan Galeri Seni Tuan Hisham.

Dengan megah, pemiliknya menghempaskan pintu kereta dan berjalan masuk ke dalam balai seni itu sambil membuka cermin mata hitamnya.

"Wow, this would be the perfect place for me," getus hatinya lalu tersenyum sendiri.

Tiba-tiba seorang lelaki yang berbaju merah t-shirt berkolar bulat dengan sedikit kumis diwajahnya menuju kearahnya,

"Assalammualaikum pak Asiraf, saya Faseb, pekerja tuan, " dengan hormat Faseb memperkenalkan dirinya.

Asiraf sekadar mengangguk faham dan terus berjalan.

Tapak kakinya terhenti dihadapan sebuah bilik berpintu kayu dan berselak besi.

"Faseb! Faseb!"

"Ya, tuan!"

"Bilik ini kosong ke?"

"Ya, tuan!"

"Ini bilik aku mulai hari ini. Jangan ada sesiapa pun masuk kesini. Faham?!"

"Ya, tuan!"

Asiraf tersenyum puas.



11 November 2003

"Hanis, jom kita ke Galeri Seni kat Jalan Haji Talib tu, aku rasa elok lah kalau kita nak buat kajian dekat situ untuk subjek Sejarah kita," Atikah menyuarakan pendapatnya.

"Ha, baik juga tu. Jom pergi esok,"




12 November 2003

Suasana yang suram dan gelap di dalam Galeri Seni itu membuatkan Hanis dan Atikah berasa sedikit gementar untuk melangkah tetapi mereka meneruskan juga kerana disitu terdapat banyak maklumat tentang seni-seni di Malaysia.

Tiba-tiba, mereka terlihat bilik berpintu kayu. Hati mereka berdebar tetapi perasaan ingin tahu lebih menguasai diri. Mereka melangkah perlahan-lahan kearah pintu itu dan "Klik!" pintu bilik itu dibuka.

Mata mereka terbeliak, hidung mereka meresap bau-bau busuk yang datang dari bilik itu. Kelihatan seperti banyak daging- daging lembu digantung secara terbalik dan dibiarkan busuk. Makin lama mereka merenung daging itu, makin mereka sedar. Itu bukanlah daging lembu, tetapi manusia.

"Arghhhhhhhhh!!!" serentak mereka menjerit dan berlari keluar dari Galeri Seni itu.

------

Lampu biru dan merah memenuhi perkarangan Galeri Seni Tuan Hisham. Pihak polis menemui tempat pembunuhan mangsa- mangsa yang hilang sekitar tahun 2003.

"Lepaskan aku lah, Aish!"

"Tuan Asiraf, anda ditahan atas kesalahan membunuh dan anda akan dihukum dibawah Seksyen 302"




1 Februari 2004

"Terima kasih Tuan, saya akan jaga tuan sampai keakhirnya," gumam Faseb sambil menggilap bekas kaca dihadapannya.

Kepala Tuan Hisham elok terletak didalam bekas kaca itu dan

"Tuan Hisham Haji Razali: pemilik Galeri Seni"

Creepy Shits.Where stories live. Discover now