"Ros, kita kan kembar. Kau punya aku punya. Remember?"
"Ya aku tahu. Tapi Irfan aku punya. Kau tak boleh suka dia jugak!" Ros menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap kembarnya, Anis.
Anis yang sedang menyisir rambutnya tersenyum sendiri sambil mendendangkan lagu Ulik Mayang. Lagu puaka.
Malam itu, Ros berbual mesra dengan Irfan di halaman rumah. Sudah lama mereka tidak bertemu sejak minggu peperiksaan berlangsung. Akhirnya dapat juga mereka menanam bunga tanpa benih.
Anis menderam kemarahan disebalik daun pintu. 'Tak guna!' . Api cemburu mula membara.
Jam 2.00 pagi
Ros terjaga dari tidurnya. Dia melihat seseorang berada di sebelahnya. Dia terkejut namun setelah di amati, dia tidak takut malah berasa selamat. Orang itu adalah Irfan. Dia pelik bagaimana Irfan boleh menyelinap masuk. Ros tergelak kecil sendirian.
Dia cuba mengejutkan Irfan dari tidur kerana tidak manis begini. Dia menggoyangkan badan Irfan dari sisi. 'Tidur lena agaknya.'Ros memetik suis lampu biliknya. Cuba ingin mengejutkan kekasih hatinya itu. Apa yang memeranjatkan, Irfan hanya tinggal separuh. Satu mata. Satu tangan. Satu kaki.
Anis yang berdiri di hadapan katil itu tersengih sendiri.
"Hihi kita share ye?" Sambil di tangannya memegang separuh lagi badan Irfan.
Ros tersenyum sambil mengangguk.
![](https://img.wattpad.com/cover/85350527-288-k130086.jpg)
YOU ARE READING
Creepy Shits.
Siêu nhiênMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//