Cerita ni berlaku pada tahun lepas , iaitu tahun 2016 . Pada ketika itu jiran aku a.k.a kawan baik aku sendiri kena rasuk dengn PONTIANAK . Ramai orang yang datang jenguk termasuklah ayah aku sendiri dan orang-orang masjid tapi entah lah kenapa aku tak rasa nak pergi jenguk pun .
Takde angin takde ribut , aku terdengar bunyi seakan-akan suara mengilai yang sangat nyaring di bahagian belakang rumah . Aku bagitahu ibu aku pasal suara tu tapi malangnya ibu kata dia takde dengar apa2 pun .
Beberapa hari lepas kejadian tu ...
Waktu malam , aku tengah syok tidur atas katil dalam bilik , tiba2 aku dengar suara mengilai tu lagi . Suara yang sama mcm yang aku dengar dulu . Lepas je dengar suara mengilai tu , tiba2 telinga aku sakit . Sakit yang amat . Telefon rumahku tiba2 berdering tapi tak lama pun .
Aku buat keputusan nak abaikan semua tu . Aku semban muka aku ke bantal dan tidur secara meniarap sbb nak hilangkan rasa sakit dekat telinga tu . Lepas beberapa minit menahan rasa sakit tu , akhirnya kesakitan tu beransur hilang . Bunyi mengilai juga tak kedengaran .
Namun....
Semuanya tak berakhir kat situ . Gangguan aku bertambah lagi . Tiba2 aku rasa badan aku macam kena hempap something . Meremang bulu roma aku . Aku yakin makhluk tu Cik Ponti sebabnya muka aku kena tutup dgn rambut panjang mengurai dia tu . Hampir setengah jam aku terseksa sebelum azan subuh berkumandang . Alhamdulillah takde apa2 yang jadi .
Namun.... (byk punya namun ni 😂)
Tak guna betul Cik Ponti tu , sempat dia pecahkan cawan Colgate percuma aku !
The End .
PENGAJARAN daripada aku sendiri untuk kau,aku kita..
Jangan lupa basuh kaki dan baca ayat kursi or apa2 doa dulu sebelum tidur . Jangan terus terjah je katil tu . (Taulah penattt..)
Insha Allah takde benda nak mengacau nanti . Hehehe
CC:ANAS
ANDA SEDANG MEMBACA
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//
