Aku terus kemas-kemas barang aku siap nak balik. Sebelum balik, aku bai bai pakcik aku dulu. Mintak restu katakan. Lepas je lintas jalan. Berhadapan dengan kedai pakcik aku ada sebuah rumah kayu. Gelip gelita saja rumahnya. Dah tidur kot orang rumahnya , fikir aku. Aku kenal penghuninya. Sepupu kepada ibu aku dan isteri dia pun aku kenal jugak . Lepas aku tengok rumah dia. Aku alihkan pandangan. Dan masatu aku tersentak. Aku tengok sekali lagi.
Damn!!
Apa kejadah 2 ekor makhluk berdiri tegak sambil tangan bersilang kat belakang tu?
Bila aku amati , muka makhluk tu sama dengan muka tuan rumah .
Isteri dia pakai jubah kelawar. Mereka berdua tenung aku serentak. Damn again!! Aku buat-buat tak tahu. Jantung aku bagai nak pecah. Tiba-tiba bulu roma tegak sampai ke tengkuk.
Aku baru nak start jalan. Tiba-tiba..
"BYE....." si isteri tegur aku. Suara dia tegang.
Aku buat-buat tak dengar. Hampir saja aku melangkah pergi..
"Nak balik dah?....."
Teguran kedua . Dan bodohnya , aku pergi jawab .
"Ya..balik dah..." tanpa memandang si penegur aku teruskan perjalanan ke rumah. Alhamdulillah kawasan sekeliling takdelah gelap sangat . Tapi nak masuk ke kawasan rumah memang mata aku acap kali pandang bintang. Sebab itu saja yang boleh tenangkan aku sambil mulut ligat baca ayatul kursi.
A/N : Based on true story kawan author punya pengalaman . Dia buat part-time jadi cashier dkt kedai runcit pak cik dia . Lokasi di *********
ANDA SEDANG MEMBACA
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//
