Aku ada satu short story . Ini pengalaman sepupu aku . Tahap keseraman tu entah lah , depends on pembaca sekalian .
Cousin aku lelaki , nama dia Hafiz . Dia ni memang pandai main gitar . Nak dijadikan cerita seramnya tu , satu hari dia pergi vacation dgn kawan kawan . Dekat resort mana tah aku tak ingat . Time tu , diorang tengah bbq. So biasalah kan kalau time bbq mesti ada nyanyi nyanyi joget joget bagai kan . Biasalah darah muda .
Hafiz ni pun sukarela lah offer nak main gitar. Kawan kawan yg lain nyanyi . Nyanyi punya nyanyi, sampailah turn Wani (salah sorang member dia) . Hafiz ni tanya lah Wani nak nyanyi lagu apa . Then dia cakap nak nyanyi lagu ct "CINDAI".
Hafiz ni bila dengar Wani cakap nak nyanyi lagu tu , mula dah rasa tak sedap hati. Tapi dibiarkan aje rasa tu. So dia start lah main gitar. Wani pun start nyanyi. Baru je Wani nyanyi part "cindailah mana..." , si Hafiz ni terus stop main gitar.
Kawan yg lain pun tanya la kenapa . Hafiz ni cuba bagi alasan nak mengelak . Nasib baik kawan2 tk amik kesah sangat sebab dah lewat malam . Masing masing dah mengantuk . Berbasa basi kejap, then semua simpan simpan barang pastu masuk bilik.
Otw nak masuk bilik , Wani ni tanya dekat Hafiz apa sebab dia stop main gitar. Then Hafiz ni serba salah sebab dah tak ada idea nak mengelak so dia jujur aje. Katanya :
"time kau nyanyi cindailah mana tadi , aku dengar ada suara sambut 'cindai kat sini'"
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//