Di Universiti VWXYZ kecoh dengan berita kematian seorang pelajar perempuan yang ditemui mati terbaring, mulut ternganga di atas katil. Arrisya, selaku roommate mangsa turut terkejut. Mana tak terkejut mak oi, roommate kau selama 2 tahun mati sia-ii macam tu. Tapi aku pelik sebab aku nampak Arrisya tersenyum sinis selepas pihak ambulans membawa mayat si mangsa ke hospital untuk dibedah siasat. Ah lantaklah! " aku nak balik tidur! " rungut hatiku.
Malam itu, macam biasa aku akan layan movie sampai pagi. Dan macam biasa selalunya roommates aku tak balik sebelum pukul 3 pagi, katanya study. Study apa kalau 3 pagi melalut ke lain. Tapi aku tak kisah,yang penting aku dapat habiskan movie Train To Busan yang baru aku download secara haram tadi.
Sedang kusyuk melayan, tetibe aku rasa seperti ada hembusan nafas di leher. Tapi aku tak endahkan. "Maybe angin biasa kot" kata hatiku even masatu hanya Tuhan je tahu betapa seramnya aku, dahlah kena tinggal sorang2 dalam bilik.
Tapi tak berhenti setakat itu, aku terdengar seperti ada orang sedang cakar dinding sebelah kiri bilik aku. Dan aku pasti itu bilik Arrisya dan arwah bff nya yang baru meninggal tadi!
Dengan kudrat yang ada, taktahu datang dari mana keberanian, aku keluar dari bilik, dan pergi ke bilik Arrisya . Masani bodoh sebab tak fikir effect dia apa. Haih. So dengan selamba aku marah si Arrisya sambil ketuk pintu bilik dia dengan kuat. Akhirnya muka Arrisya tersembul keluar dari pintu,
" kau nak apa? " - tanya Arrisya
" tak, yang kau cakar dinding pehal weh ? Kau ganggu masa aku tau tak! " - marah aku.
" weh Alia, sorry. Aku nak buang gambar Anis kat dinding tu,tapi tak boleh. Kau boleh tolong aku tak? " -tanya Arrisya.
Oleh sebab aku nampak muka dia ikhlas gila, kononnya, aku dengan selamba nak hulurkan bantuan. Sedang nak buang gambar, tetibe Arrisya datang dari belakang, dan acukan pisau di leher aku kemudian bisik "kau nak tahu kenapa Anis mati?"
" taa....taaaa...taktauu " - jawab aku takut. Arrisya mengilai, "Anis mati sebab dia marah aku"
Tahulah aku punca kematian Anis. Dan sekarang aku hanya menunggu detik untuk giliran aku........................
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//