Cantik

206 17 0
                                    


Aku adalah Dila. Aku suka kecantikan. Setiap hujung minggu, aku akan habiskan masa aku ke pusat-pusat kecantikan yang aku minati dan hari ini akan mengubah segalanya. Aku akan melakukan pembedahan plastik pertamaku! Tak sabar rasanya mahu menikmati hari-hari yang mendatang dengan wajah baru. Gaya baru. Ini baru remaja!

Tanganku ligat membaca feedback mereka yang pernah mendapat rawatan disini. Dan apa yang menarik perhatianku ialah seorang pelanggan tua berumur 40-an yang telah membuat pembedahan plastik secara laser di sini iaitu di Hospital Opocot Care.

Rogaye Mansuria.

'Nama pun dah vogue kau!' Bisik hatiku sendirian.
Beliau telah menggunakan khidmat hospital ini sejak 3 tahun yang lepas dan akhirnya beliau mendapatkan wajah yang diimpikan seperti Kila Ferry. Wow! Cantik sangat. Sekarang sudah berkahwin anak 6.

"Kelly Peter!!"

Namaku dipanggil berulang-ulang kali. Tiba giliranku. Aku sengaja menulis nama sedemikian. Aku benci nama Kalthom Poti. Nama itu tak cantik. Kan aku dah kata, aku suka cantik!

3 jam kemudian

"Doktor, dah boleh buka ke belum? Tak sabar saya nak tengok dunia!"

"Dah," doktor lelaki itu menjawab dengan nada yang tegas.

Aku membuka mata perlahan-lahan cuba meneliti wajah ku didalam cermin dihadapanku ini.

Semuanya perfect! Perfect! Perfect!

Kulitku kendur dan bersisik. Gigiku tajam. Kepalaku botak menampakkan kulit kepala yang sudah kering. Mataku mencair.

Inilah kecantikan abadi!

Creepy Shits.Where stories live. Discover now