Harini Ahad. Seperti biasa,aku dan rakan-rakanku belajar di dalam kelas 5SKJ . Jadual hari ini tersangatlah padat sehingga waktu rehat kami terpaksa dikorbankan dek kerana majlis perhimpunan rasmi yang berlangsung awal pagi tadi memakan masa yang banyak.Jam 11 pagi . Kami belajar seperti biasa cuma hari ni sedikit berbeza kerana terpaksa menahan lapar.
Arrisya selaku ketua kelas memberi isyarat bahawa guru biologi kami akan masuk ke kelas . Tetapi selaku 'Kak Long' dalam sekolah ni , Hanum memberikan arahan agar mengendahkan Arrisya dan Cikgu Khairina .
Alia dan Tengku Anis hanya menurut perintah kerana dibimbangi akan dipulas telinga oleh Kak Long Hanum . Bukan apa , sudah ramai yang menjadi OKU gara-gara dipulas telinga oleh Kak Long Hanum . Tapi perbuatan jenayahnya masih belum terbongkar kerana mangsa-mangsa kejadian takut untuk membuka mulut . Bimbang akan cacat pendengaran buat selamanya.
Cikgu Khairina hanya menundukkan kepala sewaktu masuk ke kelas kami. Pelik . Keadaan tiba-tiba menjadi suram . Tambahan lagi salam kami juga tidak berjawab .
Keadaan kelas menjadi senyap . Hanya bunyi hembusan nafas-nafas berbau kedengaran . Sehinggalah Cikgu Khairina mula bersuara memecahkan kesunyian.
"Harini saya tak nak mengajar ! Saya tahu kamu semua lapar . Nah !" . Satu paket besar snickers dilemparkan kepada kami.
Cikgu bersuara lagi ,
"Anda lapar ? Makan snickers hihihihi"
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//