Aku tahu kerja ini salah . Apa yang aku buat sekarang ini pasti mengecewakan kedua ibu bapaku .
Tapi , ini satu-satunya cara untuk aku kembali pada dia . Ya ! Aku tekad .
Bergerak pada waktu malam memang menyeksakan , namun untuk dia apa-apa sahaja sanggup aku redah .
Malam ini aku tekad untuk bertemu sayangku !
Ah ! Akhirnya aku jumpa kubur sayang .
'Tak lama lagi kita akan bersama sayang', aku bermonolog sendiri.Tanganku dikotori dengan debu tanah . Kuku aku habis rosak . Tapi , demi sayang aku teruskan juga mengorek kubur itu.
Perlahan-lahan aku angkat kayu keranda yang menutupi tubuh sayang . Walaupun rupanya tidak sempurna seperti dulu , hanya tinggal tulang-temulang namun dia tetap nampak cantik di mataku .
Aku melangkah masuk ke 'rumah' baru sayang .
Aku peluk erat tubuh sayang .Pang !
Terbeliak mataku . Sayang membalas pelukanku . Aku terkedu .
"Sayang rindu saya juga ye ? Tak pe saya takkan tinggalkan awak dah . Kita janji nak bersama selamanya kan."
Sekarang aku menyesal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//