First and foremost , cerita ni aku ambik dari pengalaman nenek aku . Memang dijamin lah keasliannya tu . So , nenek aku ni dah masuk 70 tahun . Alhamdulillah umur masih panjang dan sihat walafiat .
Nenek aku dulu tinggal dekat rumah rakit . Siapa-siapa tak tahu mohon google . Rumah tu dikelilingi hutan dan depan rumah tu pulak sungai . Biasalah kan , kawasan pedalaman .
Nak dijadikan cerita , malam tu nenek aku ni teringin sangat lah nak makan buah mangga kalau tak silap . Bukan mengidam okey , dia budak lagi masa ni .
Jadi dia ajak adik dia masuk hutan sebab nak pergi kait buah mangga tu . Ayah dia dah larang tapi dia degil jugak nak pergi . Bab berani memang boleh puji nenek aku ni , tapi yang part degil tu ... haremm !
Maka berangkat lah mereka berdua malam tu ke hutan semata-mata nak kait buah mangga . Bukan jauh sangat pun , belakang rumah je .
Sampai je dekat pokok mangga tu , terus nenek aku panjat . Adik dia tolong sambut buah dekat bawah dan tolong cover line , mana tahu ada benda tumpang sekaki nak makan buah .
Bila nenek aku nak panjat turun , dia baru perasan ada satu pokok sebelah pokok mangga ni tinggi gila ! Macam tak ada penghujung pokok tu . Lepas je turun , dia ajak adik dia usya pokok sebelah .
Tengah syok-syok usya tu , hmm baru dia perasan . Pokok tu tak pijak tanah maksudnya macam terbang or tergantung .
Hmmm sedarlah dia sekarang , pokok tu hantu galah rupanya . Maka tak cukup tanah la mereka berlari .
Balik je rumah , terus nenek aku dengan adik dia sekali demam seminggu .Moralnya dekat sini , kita hidup janganlah degil sangat dan dengar cakap orang tua .
Dan satu lagi , jangan pandang tepi takut hantu galah tengah berdiri sebelah .
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ÜbernatürlichesMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//