Dendam

82 9 3
                                    

Hai, nama aku Han. Umur aku 24 tahun. Aku nak confess something. Aku dah bunuh seseorang yang merupakan pembuli aku di zaman sekolah. Dia jahat. Dia tak ingat aku tapi aku ingat dia. Segala benda jahat yang dia buat dekat aku, semua masih segar dalam ingatan. Dia dan 3 orang lagi manusia bertopengkan setan yang paling aku benci.

Dekat sekolah dulu, mereka selalu buli aku. Mereka ikat aku dekat katil, bogelkan aku, lepas tu sebar gambar aku. Aku malu. Seminggu aku tak pergi sekolah. Parents aku tak tahu pasal ni, mereka fikir aku tak pergi sekolah sebab aku memang bermasalah. Tak cukup dengan tu, mereka lastik kemaluan aku, belasah aku sampai lembik. Tapi yang paling kejam, mereka liwat aku. Aku rasa jijik. Aku malu nak berhadapan dengan orang sampai sekarang aku masih belum berkahwin.

One day, aku terjumpa salah seorang daripada mereka. Dia sudah berkeluarga. Aku benci tengok mereka bahagia sedangkan aku tengah menderita. Sebulan aku perhatikan dia. Banyak maklumat tentang dia ada dalam tangan aku. Hanya tunggu masa untuk aku bertindak.

Hari yang dinanti telah tiba. Aku tahu dia kerja shift malam. Aku tunggu sampai dia keseorangan. Aku langgar dia tapi tak sampai mati. Aku nak dia terseksa. Aku bawa dia yang dalam keadaan kritikal pergi ke kilang lama yang terbiar. Aku bogelkan, gantung dia sama macam mereka buat dekat aku dulu. Aku potong zakar dia. Aku buang dalam sungai. Puas aku dengar dia merintih. Baru dia tahu apa aku rasa. Tapi aku tak kejam macam mereka, aku biarkan dia hidup. Aku tahu keluarga dia akan sedih kalau dia mati. Aku hantar dia kembali ke pangkuan keluarga. Oh lupa sebelum tu, aku dah potong lidah dan pakukan mata dia. Aku tak nak rahsia dendam aku terbongkar.

Kini tinggal 3 orang lagi guys. Doakan aku!

Creepy Shits.Where stories live. Discover now