Ulang Tahun

461 32 1
                                        

Setelah 5 tahun kita berkahwin, kau sering lupa hari ulang tahun perkahwinan kita. Kenapa? Sibukkah kau atau kau dah tak punya perasaan?

Yati mengeluh bila terkenangkan sifat Badrul yang suka berdiam diri sahaja bila tiba hari ulang tahun mereka . Dia mengerling jam di dinding menanti waktu 12.00 malam supaya hari ulang tahun perkahwinan mereka dapat disambut bersama. Tak sabar rasanya.

*11.45 malam*

'Cantiknya aku dalam gaun pengantin ni. Masih sempurna!' Getus hati kecil Yati. Yati memakai gaun itu hanyalah untuk suaminya, Badrul setiap kali mereka menyambut hari ulang tahun perkahwinan.

*12.00 malam*

Yati membuka peti sejuk

"Happy Anniversary, Sayang!"

Badrul dengan mulutnya penuh jahitan kasar itu berada dalam peti sejuk sentiasa tersenyum melihat Yati. Mulutnya hanya tersenyum. Manis.

Creepy Shits.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang