Benda ni terjadi dekat mak saudara belah mama aku . Aku panggil dia Cik Na .
Cik Na aku ni dah berkeluarga , anak pun dah 4 orang . Dia bertugas sebagai jururawat bahagian sambut baby dan hal orang-orang beranak ni lah dekat HRPZ Kota Bharu .
Benda ni berlaku masa anak ketiga dia rasanya baby lagi , Cik Na baru je habis kerja shift petang . Dia drive kereta kancil dia nak balik rumah masa tu .
Nak dijadikan cerita , petang tu jalan jam . Dekat senja jugak lah dia tersadai dekat jalan tu . Then masa tu dia tergerak hati nak tengok cermin pandang belakang , fuh ! Mengucap panjang !
Ada seekor makhluk ni tengah duduk dekat seat belakang . Rambut hitam panjang . Muka tak nampak macam mana sebab gelap .
Tak payah fikir panjang terus Cik Na pecut kereta dia sampai rumah . Mulut terkumat kamit baca doa . Segala doa dia baca . Doa sebelum jimak je dia tak baca 😂 (maaf merapu) . Sampai je rumah , dia terus ambik wudhu' dan solat . Anak dia yang baby tu pulak menangis tak berhenti-henti .
Lepas dia solat , reda sikit tangisan anak dia tu .Sekian .
YOU ARE READING
Creepy Shits.
ParanormalMemuatkan pelbagai cerita dan kisah-kisah seram sama ada yang direka mahupun pengalaman sebenar . Start : 23 September 2016 //slow update//