Prolog

214K 1.5K 34
                                    

"Boleh lah Al... kau je satu satunya harapan aku!" Sofea masih merayu.. "yelah Al.. yang lain semua dah on.. tinggal you sorang je." Lisa memeluk tubuh sambil memandangku, aku mengeluh dengan rasa serba salah.

"Tapi I dah janji nak balik kampung.." aku menggigit bibir. "Kampung kau tak lari ke mana pun Al.." Sofea menjelingku. "Memang lah.. tapi aku dah janji, kau faham tak dah janji?" Aku membalas jelingannya kembali.

"Fikir lah you.. balik kampung untuk tengok atok dan nenek bila bila je boleh. Tapi nak luangkan masa dengan kawan, susah." Lisa turut mengeluh.

"Yelah... I ikut korang." Aku mengalah juga akhirnya.. nasib baik sayang kawan je ni.

***

Aku menyeret bagasi ke dalam bilik hotel bersama Lisa dan Sofea.. "malam ni korang pakai cantik cantik tau.." pesan Lisa. "Pernah ke kitorang tak cantik?" Soal Sofea sambil menjeling Lisa dengan tajam.

"Aku dah dapatkan partner untuk korang." Lisa mengangkat keningnya beberapa kali sambil tersengih.

"Kacak tak?!" Soal Sofea, teruja. "Mesti lah.. semua lots of mix tau." Lisa tersengih. "Sebenarnya aku tak kenal pun diorang. Tapi diorang kawan Zamani, so..." Lisa mengangkat kening.

"Kaya?" Soal Sofea lagi. Aku merebahkan badan diatas katil sambil memandang kipas yang berpusing pada siling.

"Not sure.." jawab Lisa. "Okay.. kacak?" Soal Sofea lagi. "I think so.. sebab pan asian kan." Lisa menjelingku. "You taknak tahu pasal partner you ke?" Soal Lisa. "I redha je dengan siapa you aturkan dengan I." Aku mencebik. Lisa meletuskan tawa.

"You takkan menyesal punya.. trust me." Tambah Lisa lagi. Aku tersengih sebelum memejamkan mata..

"Aleisha.. how dare you tak bangun lagi at this hour?!" Suara bingit Lisa memenuhi ruang bilik hotel.

Aku bingkas bangun sebelum berlari masuk ke dalam bilik air.

Aku turun ke hall untuk majlis private bersama Lisa dan Sofea. Dua orang pengawal memandang kami.. "Zamani's girl.." dua pengawal itu memandang satu sama lain sebelum mengangguk dan membenarkan kami untuk masuk.

Zamani adalah anak kepada tuan empunya hotel ni, jadi... memang tersangat kaya lah dia.

Mata mata yang berada disitu merenung kami seperti kami yang mengetuai majlis. Mungkin kerana mereka tahu tentang kewujudan Lisa sebagai teman wanita kepada anak tuan empunya hotel ini.

"Thanks for coming.." Zamani menghampiri Lisa.. dikucupnya didahi. "Al.. I thought you're not coming?" Zamani tertawa kecil. Aku menjelingnya sebelum tersengih.. "I taknak pun. Tapi biasa lah kan.. ada orang tu, dia paksa.." Zamani tertawa kecil.

"Jom lah. I kenalkan pada kawan kawan I.." kami berjalan mengikutnya dari belakang. "Kau rasa boyfriend aku handsome tak?" Soal Sofea sambil memaut lenganku. "Berdoa lah kau sebelum jumpa dia.."

"This is Johan.. and," Zamani sedang memikirkan nama lelaki yang berada disebelah Johan. "Akmar.." Johan bersuara. "Yeah, sorry.. Akmar." Kami bersalaman.

"Sofea dan Al.. between you girls, siapa yang open minded?" Soal Johan sambil menjeling aku dan Sofea. "Definitely, me." Sofea tersengih.. "okay then.." Johan memeluk pinggang Sofea sebelum mereka berdua lupa tentang kewujudan kami yang lain.

"Okay.. so guys.. have fun." Zamani menepuk bahu Akmar.

"Sorry.. saya tak pandai bergaul." Akmar memulakan perbualan. "Good sebab saya pun sama." Aku mengerlingnya sambil ketawa. "Let's not talk about anything then.." tambahku lagi tanpa memandangnya. "Nope.. that's not me.." Akmar menggeleng.

"So.. awak masih belajar?" Soalnya sambil memandangku. "Ya.. masih." Aku membalas pandangannya, "awak dah kerja?" Soalku kembali, Akmar mengangguk. "Kerja as what?" Aku mengangkat kening.

"Mekanik." Jawabnya. "Kuli.." gumamku sambil berpura pura batuk. "Awak mesti jenis budak manja yang tak pandai berdikari kan?" Soalnya sambil merenungku tajam.

"Excuse me? Budak manja?!" Suaraku mula meninggi. "Saya tak berminat sangat dengan orang kaya macam awak ni.." Akmar menarik muka. "Ingat saya minat sangat ke dengan orang tak kaya macam awak?" Aku menarik muka sebelum pintu terbuka dan majlis menjadi haru biru.

Entah macam mana aku boleh terpegang peha Akmar.. dewan menjadi kosong kecuali beberapa orang lelaki yang memakai baju melayu dan jubah.. tak lupa juga serban putih diatas kepala mereka.

Mereka memandang kami sebelum mengucap.. "daripada kamu berzina, lebih baik kamu menikah!" Marahnya. "Zina?" Aku lantas bangun dari situ.. "baik sikit! Bila masa pula saya berzina?!" Aku menempik mereka.

"Adik.. kamu nak kahwin?" Soal lelaki yang mungkin sebaya atok dikampung. "What? No.." aku mengerutkan dahi, keliru. Apa pula ni tiba tiba tanya orang soalan macam tu? Nak kahwin dengan siapa pula tiba tiba ni...

Aku menelefon papa untuk memberitahu tentang masalah yang sedang aku hadapi sekarang.

"Ni semua salah awak.. kalau awak ikut kawan kawan awak tadi, mesti saya kena tangkap sorang!" Marahku kepada Akmar selepas mematikan perbualan dengan papa.

Akmar merenungku dengan tajam, tidak berpuas hati. "Kalau saya ikut kawan kawan saya, saya masih akan berdiri kat situ sebab tak tahu apa yang berlaku." Akmar mencebik. "Bodohnya awak.. dah nampak orang berlari macam tu, nak duduk diam kenapa?" Gumamku sambil menjelingnya. "Habis tu awak pandai sangat lah sebab tu awak pun duduk je.. siap tarik seluar orang lagi." Akmar membidas.

Aku memeluk tubuh sebelum berpusing ke belakang untuk menghadap lelaki tua yang entah datang dari mana.

"Ibu bapa adik ni tak ada ke?" Soalnya sinis. "Papa kat oversea. Boleh tak kita tangguhkan dulu perkahwinan ni?" Soalku sambil memberinya pandangan sedih.

"Takde, takde.. nanti kamu makin kuat berzina.." dia menggeleng. "Masalahnya kitorang tak berzina pun!" Aku kembali meninggikan suara.

Akmar bersalaman dengan orang tua yang memakai serban dikepala. Aku sekadar memerhati lelaki yang tidak aku kenal menjadi suami.

Tak guna! Mulai hari ini.. hidup aku dah musnah!

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now