bab35

38.8K 876 49
                                    

Hari pertama menghantar Andy ke tadika, aku menunggu di luar kawasan tadika dimana Andy berada. Risau kalau apa apa terjadi kepadanya. Aku menghantar pesanan ringkas kepada Sofea, memberitahu dimana aku berada. Sofea mungkin masih tidur lagi.. selagi matahari tak timbul, lagi tu lah mata dia akan tertutup.

"Shh.. shh." Aku memandang seorang wanita yang meletakkan selendang diatas kepalanya, hampir menutup seluruh wajahnya. Anak kecil didakapannya menangis. Dan dia mula memujuk. Wanita itu menghampiri aku. Aku berdiri dengan tegak tanpa bersandar pada kereta. "Is he okay?" Aku mengagak bayi yang diusungnya adalah lelaki kerana pakaian berwarna biru yang dipakainya. Aku cuba memandang wajahnya yang terlindung dengan selendang hitam dikepalanya. "Anak akak lapar.." dia menggeleng. "Akak takde duit." Katanya tanpa memandangku.

Tanpa berkata apa apa, aku mengeluarkan sekeping not bernilai RM100 dari dalam purse. Aku menghulurkan kepadanya sebelum dia mengangkat kepala untuk memandangku. "Terima----" mataku terbuntang luas. Aku meneguk liur. Perempuan ni... dadaku terasa sakit. Wajahnya juga kelihatan terkejut. Dia masih ingat aku. Dia mengundur ke belakang.. aku menapak ke hadapan untuk memberinya duit dan dia terus melarikan diri.

Dah tahu anak lapar, ambil je lah duit ni! Aku meraup wajah beberapa kali. Wajah gadis itu bermain didalam kepalaku. Aku menyandar belakang pada kereta sambil memejamkan mata. Kalau dia ada anak----- mataku terbuntang luas. Akmar? Tak kot. Tapi tak mustahil... kenapa aku nak risau? Aku dah tak perlukan dia lagi. Atau...aku cuma tipu diri sendiri.

"Mommy!" Teriak Andy. Aku menguntumkan senyuman sebelum membuka pintu kereta untuk Andy. "Andy tak menangis kan?" Soalku pada Andy. Andy menggeleng. "Tak. Andy tak menangis." Andy tersengih. "Esok mommy dah boleh tinggal Andy lah kan?" Aku memandang Andy. Andy mengerutkan dahi. "Kenapa mommy nak tinggalkan Andy? Mommy tak sayangkan Andy ke?" Soal Andy. "Mommy tinggal Andy sebab---- mana ada ibu orang lain duduk situ dengan anak diorang." Aku menghela nafas. Aku membeli makanan sebelum pulang. Sebiji kereta diparkir di luar kawasan rumah Sofea. Mungkin kawan Sofea.

Aku memegang tangan Andy sebelum mengetuk pintu. "Assalamualaiku----" pintu dibuka. Wajah yang tidak aku sanggup hadapi muncul dihadapan mataku. Sofea kelihatan serba salah. Aku menarik tangan Andy, menyembunyikan dia dibelakangku. "Aleisha.." hatiku terasa sebak mendengar papa menyebut namaku.

"Papa merayu---" papa melutut dihadapanku, jantungku berdegup kencang. Mataku mula berkaca. Aku meneguk liur. "Pulang lah..." papa meletakkan tangannya diatas lantai, wajahnya dihalakan ke bawah. Aku turut melutut ke bawah sebelum memegang bahu papa. Aku memeluk papa sebelum air mataku mengalir turun dipipi.

"Cucu papa----- kan?" Aku melepaskan pelukan papa sebelum memandang Andy yang kelihatan keliru. Aku memegang tangan Andy, membawanya kepada papa dan aku berdiri. Papa memeluk dan mengucup Andy dengan penuh kasih sayang. Andy kelihatan takut dengan papa. Mungkin dari lahir dia tidak pernah didekati mana mana lelaki. Aku memandang Zairi yang menguntumkan senyuman. Oh, Zairi lah yang bagitahu papa kan? Kenapa lah aku tak terfikir pasal Zairi akan bagitahu orang lain. Macam mana dengan Akmar? Dia tahu ke tak?

"Nanti bila Al rasa nak balik, Al balik lah. Rumah kita dah lama sunyi.." kata papa sambil mengusap kepala Andy. Aku tidak menjawab. "Akma----" "ahem!" Sofea berdehem. Mungkin papa mahu bercakap tentang Akmar tetapi dihalangi Sofea. Aku memandang Sofea sebelum memberinya senyuman isyarat yang bermaksud, 'tak apa'. "Akmar sihat?" Entah kenapa tiba tiba aku tanya soalan macam tu. Papa menguntumkan senyuman. Zairi merenungku dengan riak wajah yang penuh tanda tanya. "Al nak jumpa dia?" Soal papa. Aku menggeleng.

"Andy nak tinggal dengan atok." Kata Andy ketika aku hampir terlelap. Aku membuka mata untuk memandangnya. "Nanti lah." Gumamku sambil menepuk pehanya. "Atok cakap, atok sayangkan Andy." Andy ketawa kecil. "Mommy sayangkan Andy?" Soal Andy sambil meletakkan tangan pada pipiku. "Sayang..." aku mengucup tapak tangannya sebelum dia ketawa kecil.

"Paksu pun cakap sayangkan Andy." Andy tersengih. "Andy sayang atok dengan paksu?" Aku merenung Andy. Andy mengangguk. "Andy sayang semua yang sayangkan Andy." "Aunty Sofea?" Andy menggeleng. "Eh kenapa tak sayang aunty Sofea? Dia baik kan." "Tak. Hari tu Andy minta ais krim, dia tak bagi." Aku ketawa kecil mengingati Sofea memarahi Andy kerana mahukan ais krim ketika demam selsema.

"Aunty Sofea sayangkan Andy. Tau?" Aku mengusap kepalanya. "Alah! Kalau macam tu Andy kena sayangkan dia balik lah?" Andy mengeluh. Aku mengangguk. "Dah, tidur.. esok nak pergi sekolah kan?" Andy mengangguk sebelum memelukku. Dalam bahagia, aku terasa sunyi. Aku menghela nafas sebelum mengucup ubun ubun Andy.

Aku mengambil Andy dari tadika. Aku membuka pintu kereta, wajah Andy kelihatan monyok. "Kenapa putera mommy masam je ni?" Aku mencubit pipinya. "Kawan kawan Andy semua ada daddy!" Mataku terbuntang luas. Jantungku berdegup kencang. "Cikgu cakap, minggu depan hari bapa.." gumam Andy.

"Diorang semua buat ucapan untuk bapa ba---" suara Andy pecah. Matanya berkaca. "Andy nak ais krim?" Andy mengesat air matanya ditubir mata sebelum mengangguk. "Nak!" Dia kembali ceria. Aku menjeling Andy.. Andy semakin membesar, semakin tahu tentang kewujudan seorang bapa. Lagi lagi bila dia dikelilingi orang orang yang mempunyai bapa.

Aku meletakkan satu set kecil mcDonald diatas meja sebelum mengangkat Andy yang sedang menjilat ais krim ke atas kerusi. "Mommy tak makan?" Soal Andy. Aku menguntumkan senyuman sebelum menggeleng. "Kenapa tak makan? Nanti perut mommy sakit." Andy mengerutkan dahi. "Hm... kalau sakit, Andy kena jaga mommy lah." Aku memandang Andy yang tersengih.

Selesai Andy menghabiskan makanannya, dia segera turun dari kerusi. "Andy nak ke mana tu?" Aku turut bangun dari situ sambil menggalas handbag. "Basuh tangan lah." Jawab Andy sambil melangkah pergi. Aku mengikutnya dari belakang. Andy nak shi shi.." Andy memegang pinggulnya. "Sini," aku menarik tangannya. "Andy taknak masuk tandas perempuan lah!" Andy memberontak. Dan saat ini aku menjadi cemas. Mana mungkin aku membiarkan Andy bersendirian didalam tandas lelaki. "No, come with mommy." Aku menggeleng. "No! I'm a boy!" Teriak Andy semakin kuat. Mata mata memandang kami. "Andy. Please. Listen to mom----" "tak apa cik.. saya boleh jagakan dia." Kata seorang lelaki dibelakangku. Aku menoleh ke belakang untuk memandangnya.

Aku berdiri dari situ. "Er, tak apa. Dia ni memang suka buat perangai." Aku cuba memegang Andy, tak mahu dia pergi ke mana mana. Mata kami bertemu. Halkumnya turut naik. Dan lagi sekali...aku terasa seperti mengenalinya. "Andy taknak!!!!!" Teriak Andy, degil. Setiap kali nak ke toilet, mesti dia nak masuk tandas lelaki. "Al----" gumamnya sebelum memegang tangan Andy. "Saya boleh jaga dia." Dan dia membawa Andy masuk ke dalam tandas bersamanya.

Dia sebut Al atau aku tersalah dengar? Beberapa minit kemudian. Andy berjalan keluar bersama lelaki itu. "Dah!" Andy kelihatan ceria. "Ready to go home?" Aku menguntumkan senyuman. "Taknak!" Keningku berkerut. "Tadi janji nak makan ais krim kan?" "Abang cakap ada playground kat tepi! Nak main!" Aku menjeling lelaki yang masuk dan keluar bersama Andy ke tandas sebentar tadi.

"Sekejap je lepas tu kita balik." Andy melompat sambil mengangguk. "Aleisha." Betul lah, nama aku yang disebut tadi. Aku memandang lelaki tinggi berkulit putih dibelakang Andy. Keningku berkerut. "...who are you?" Aku memegang tangan Andy. "Hm.. awak hilang ingatan ke?" Dia ketawa kecil sambil merenungku. "Adib." Aku menekup mulut menggunakan tangan.

#Terima kasih sebab support kita walaupun kita jenis malas sambung cerita sampai lah ada orang merayu baru laaaa sambung menulis balik. Hmmm dan, Sayang Sangat dah sampai 2 juta pembaca(atau pembaca yang sama ulang ulang baca sebab bosan sangat😳)! Wah wah! dan kita tak sedar pun sebab sibuk tak buat apa apa. Thank youuuuuuuuu!! Esok kita publish cerita baru.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now