bab11

68.2K 912 5
                                    

Aku keluar dari rumah pada pukul 8.. kelas bermula lagi sejam. Aku mencari telefon dari dalam handbag, aku menekan nombor telefon Sofea..

"Al?" "Yes, me.." jawabku sambil mengetap bibir. "Kau okay ke?" Soal Sofea. Aku terdiam seketika. "Kau ada masalah ke?" Soal Sofea lagi.. "nak jumpa kau sekejap, boleh?" Pintaku sambil menelan liur. "Where and when?" Soalnya..

Seperti biasa.. aku yang akan tiba dahulu ditempat yang dijanjikan kami..

Sofea melangkah masuk bersama kopi panasnya ditangan. Aku melambaikan tangan sebaik sahaja melihat dia sedang memandang sekeliling, mungkin mencari aku. Dia tersenyum sebelum berjalan ke arahku.

"Kau okay ke Al?" Soal Sofea sebelum melabuhkan punggung dihadapanku.

"Aku okay, tapi... I don't know." Aku mengeluh. "Kejap.. pasal siapa atau apa?" Sofea mengerutkan dahi.

Aku tergaru garu kepala yang tidak gatal. Tak tahu bagaimana cara untuk aku memulakan cerita. "Akmar.." aku menelan liur. "Who?" Soalnya lagi. "Lelaki yang aku.. um.." aku merenungnya. "Oh! That guy. Yeah.." Sofea mengangguk, faham.

"Aku akan bercerai dengan dia lagi 3 bulan.." aku mengeluh. "That's a good thing sebab kau pun taknak suami m-" "no! tak bagus langsung.." aku menggelengkan kepala. "Why not? Kau dah jatuh cinta dengan dia ke?" Soal Sofea sambil mengangkat kening.

Aku sekadar merenungnya tanpa bersuara. "Oh my God.. kau jatuh cinta pada mekanik?!" Sofea menekup mulutnya menggunakan tangan. "Come on.. it's not that bad." Aku menjelingnya.

"Okay.. pasal mekanik tu tolak tepi. Sekarang ni.. apa masalah kau?" Soal Sofea sambil memandangku. Aku membuka mulut untuk berkata kata tetapi tiada suara yang keluar..

"Come on Al.. kita kena tahu apa masalah kita sebelum kita boleh selesaikannya." Sofea memberikan aku renungan simpati.

"Aku akan bercerai." Jawabku sambil menelan liur. "Kau boleh je bagitahu yang kau taknak bercerai." Sofea memandangku.

"Tapi papa aku dah bagi surat perceraian tu.. untuk tanda tangan.." "kau dah sign ke?" Aku menggeleng. "Akmar?" Aku menggeleng lagi. "Cakap je lah korang taknak bercerai. Mudah!" Sofea tersenyum sumbing.

"Its not that easy.." aku melepaskan keluhan yang berat. "Mudah Al.. kau yang buat benda ni rumit.. kenapa? Malu? Sebab kau sayangkan dia? Sebab dia cuma mekanik dan kau jatuh cinta pada mekanik?" Soal Sofea sambil merenungku.

"Nanti kau juga yang akan ejek aku kan.." aku menjeling Sofea. "Bukan ejek. Usik. Kau yakin ke kalau Akmar dah jadi menantu tetap.. papa kau akan benarkan dia bekerja sebagai mekanik lagi?" Soal Sofea sambil mengangkat kedua belah keningnya.

Aku terdiam.. memikirkan kata kata yang keluar dari mulut Sofea. Kadang kadang bijak juga dia ni.

"Tapi... macam mana nak tunjuk yang aku sayangkan dia?" Aku menongkat dagu.. "kau bagitahu je.. kalau dengan tunjuk je kau tak boleh sebab pernah ke kau sayang orang?" Soal Sofea sambil ketawa. "Sorry? Aku sayangkan kau.." aku mengedipkan mata beberapa kali.

"Hm.. aku sendiri pun tak tahu kau sayangkan aku. Tahu sebab apa? Sebab kau cuma rasa tapi kau tak pandai tunjuk, sebab tu orang rasa yang kau tak sayang pun." Kata Sofea. Aku terdiam lagi..

"Hey girls.. buat apa kat sini?" Aku dan Sofea menoleh ke arah suara untuk memandang Haikal. "Chilling." Jawab Sofea. "Boleh ke saya join?" Haikal meminta izin. "Yeah, sure.." jawabku tanpa memandangnya.

Seperti biasa.. Haikal akan melabuhkan punggung disebelahku. "So.. gossip pasal apa ni?" Soal Haikal sambil tersenyum. "Pasal..." Sofea menjelingku.. "our old friend." Sofea menghabiskan ayatnya. Aku sekadar mengangguk.

Haikal sekadar tersengih. "Al, semalam I call you tapi you tak angkat." Haikal memandangku, aku menjauhkan diri sedikit supaya dapat melihat wajahnya tanpa menjulingkan mata.

"Oh, really? I dah tidur agaknya." Tipuku. Padahal aku cuba menggoda Akmar.

"Awalnya you tidur.." Haikal tertawa kecil. "So.. you free tak hujung minggu ni?" Soal Haikal sambil memandangku. "Free je. Kenapa?" Soalku kembali.

"Kita keluar, nak?" Soal Haikal. Alamak.. aku memandang Sofea.. perlahan lahan Sofea mengangkat bahu. "Boleh... kalau Sofea ikut." Aku mengetap bibir. Kakiku ditendang Sofea dibawah meja.

"Okay.." Haikal menguntumkan senyuman sebelum bangun dari situ.. "jumpa di kelas." Katanya sebelum berlalu pergi.

"Dia tu nerd ke apa?" Sofea merapatkan wajahnya denganku sebelum aku meletuskan tawa. "I don't know." Jawabku sambil menekup mulut menggunakan tangan. "Bet he is." Sofea ketawa kecil. "Tapi dia dalam golongan nerd yang hot lah.." tambah Sofea lagi.

"Dia sukakan kau kot?" Sofea menduga. "Takde maknanya." Aku mencebik. "Aku je yang sukakan dia." Tambahku lagi sambil ketawa kecil. "Tapi dulu lah... dia tak suka aku pun." Tambahku lagi ketika Sofea membuka mulutnya sedikit. "Kau memang kenal dia lah?" Soal Sofea sambil mengerutkan dahi. "Well..." aku mengetap bibir. "No wonder." Sofea mencebik.

"Tapi dia macam lurus. Kau tak payah lah dengan dia.. risau pula aku." Sofea ketawa kecil. Aku sekadar tersengih mendengar kata kata yang keluar dari mulutnya.

"Jom lah kita ke kolej. Nanti lewat pula, kita juga yang kena marah.." aku mengangguk sebelum bangun dari situ.

"Jumpa kat sana. Kau jangan melencong tempat lain!" Aku memberi Sofea amaran. "Aku ada kat belakang kau je lah. Jangan risau."

Dan lagi sekali.. persahabatan kami kembali pulih...

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now