bab9

67.8K 1K 9
                                    

"Nanti balik lah lagi." Pelawa ibu sambil menguntumkan senyuman sebelum memelukku. "InshaaAllah." Jawab Akmar sambil bersalaman dengan adik dan abangnya.

"Akmar.." aku memecahkan kesunyian didalam kereta.. "ya?" Akmar menoleh ke arahku sebelum kembali memandang jalanraya. "Saya tak rasa nak balik rumah lagi lah." Aku mengetap bibir.

"Lah, kenapa pula?" Soalnya sambil mengerutkan dahi. "Sebab.. saya nak um, tak payah lah kita balik lagi. Please?" Aku memegang lengannya yang tidak memegang stereng. "Okay okay.." Akmar mengangguk. "Thanks." Aku mengucup pipinya..

"Saya tahu hotel kat area ni.." kata Akmar. "Mana mana je tak apa." Kataku sebelum aku memandangnya.. "kecuali tempat menyeramkan." Tambahku lagi, Akmar tertawa kecil. "Selagi saya ada dengan awak, awak akan selamat." Kepalaku diusapnya..

"Janji?" "Janji."

Aku memegang tangan Akmar ketika kami melangkah masuk ke dalam hotel.. mungkin negatif satu bintang sebab kotor. Takde orang lain selain dari kami. Tapi lebih baik dari rumah sendiri sebab akan berjumpa papa.

Kunci bilik sudah bertukar tangan.. aku menjeling lif yang seperti didalam tv.. cerita hantu. Aku memeluk bahu Akmar ketika kami berada didalam lif.. pintu lif dibuka, cepat cepat aku keluar dari situ.

"Kenapa takut sangat ni?" Soal Akmar. Aku menggeleng, cuba untuk tidak membuka mulut celopar disini.. kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu.

Lampu dibuka.. biliknya kemas, kecuali dinding.. warna cat pada dinding sudah pudar.

"Awak tidur lah dulu.. saya nak mandi." Kata Akmar. Aku memandangnya sambil menggeleng. "Awak janji taknak tinggalkan saya.." aku mengerutkan kening sebelum memeluknya.

"Saya tak tinggal lah. Ya Allah Aleisha, kenapa ni.." kepalaku dipegang. "Kita tidur je lah!" Pintaku. "Sekejap.. saya nak buka baju." Aku melonggarkan pelukan untuk memberinya ruang supaya mudah membuka baju..

Baju sudah berada didalam tangannya, cepat cepat aku memeluk tubuhnya yang bidang.. keras tetapi selesa.

"Sabar Al.." Akmar memegang lenganku yang sedang melilitnya. "Kenapa takut sangat ni.." soalnya lagi sebelum merebahkan badan diatas katil.

Aku turut merebahkan badan disebelahnya. "Masa saya 8 tahun.. papa bawa saya ke tempat macam ni lah lepas mama buang kitorang." Aku memulakan cerita, membisik. Akmar memberi tumpuannya kepadaku.  "Lepas tu? Apa jadi?" Soalnya.

"Saya terdengar bunyi tembakan. Masa tu, memang saya bayang penjahat cuba nak bunuh orang yang tinggal dalam hotel tu." Aku tertawa kecil.. jariku disentuh Akmar.

"Bila bunyi tu dah hilang.. masa tu pula gelap, hujan.. tak pasti sama ada imaginasi saya atau realiti, saya nampak something keluar dari dinding.." bisikku sambil menjeling sekeliling. "Benda tu hilang sekejap.. saya assumed dia tengah tidur.. selama saya kat situ, saya tak berani buat bising sebab taknak kejutkan dia." Bisikku lagi. Akmar tertawa kecil.

"Saya dah janji kan.. selama saya ada dengan awak, saya takkan biarkan sesiapa atau apa apa ganggu awak." Dahiku dikucup lama oleh Akmar.

"Sampai bila bila?" Soalku sambil merenung matanya.. dia melarikan pandangan matanya dariku sambil tersenyum.. "sampai bila bila.." jawabnya sebelum aku mengeratkan lagi pelukanku pada dia.

"Akmar.. saya tak boleh tidur." Bisikku sambil meletakkan tangan pada dadanya. Akmar yang sudah pun hampir tertidur memandangku.. "saya bukakan tv untuk awak.." katanya sebelum bangun dari situ untuk menghidupkan tv dihadapan kami.

Aku memandang sekeliling. Akmar sudah tiada. Dia janji takkan tinggalkan aku, tapi kenapa dia tinggalkan juga?

Papa menghampiriku bersama surat perjanjiannya.. "Al dah bercerai.." papa tersenyum sinis. Aku memegang kepala. "Tak!" Teriakku sebelum sesuatu dari dalam dinding keluar dari situ dan menghampiriku sebelum aku menekup mulut menggunakan mulut dan memejamkan mata.

"Akmar!" Teriakku. "Akmar!" Teriakku lagi.

"Al! Bangun!" Aku membuka mata untuk melihat Akmar sedang meriba kepalaku. Aku lantas memeluknya.. "jangan tinggalkan saya!" Marahku sambil membiarkan air mata mengalir dipipi. "Tak. Saya tak tinggalkan awak.." aku dipeluknya erat. Kepalaku dikucupnya beberapa kali. Akmar membaca ayat kursi ditelingaku sehingga aku tertidur..

Pagi itu kami pulang ke rumah tanpa memberitahu papa.

Aku melabuhkan punggung diatas sofa sambil membuka tv. Mencari cerita kegemaranku yang aku record... dah jumpa.

Laju sahaja aku memilih movie bertajuk one day..

Akmar turut melabuhkan punggung disebelahku. "Cerita ni lagi.." Akmar mengeluh. "Biar lah... saya suka tengok cerita yang sama berulang." Aku mencebik.

"Nanti kelas dah mula, saya tak boleh tengok tv macam ni dah.. awak pula mesti rindu." Aku menjelingnya disebelah. "Rindu tu memang lah, tapi kalau malam malam tidur sebelah, tak ada hal lah.." aku tersengih mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.

"Kalau saya dah tak tidur sebelah?" Soalku sambil mengangkat kedua belah kening. "Mana boleh.. nanti siren berbunyi, kita juga yang rimas.." jawabnya.

**

"Saya nak masak ni.. nak makan apa?" Soalku sambil melabuhkan punggung diatas kerusi didapur. "Kita masak sama sama lah.." aku sekadar mengangguk. "Atau awak masak sorang.." aku menggigit bibir. "Pemalasnya.." pipiku dicubit..

"Bukan lah. Saya kan dah pernah masak, masin pula tu. Sekarang giliran awak pula." Aku memeluk tubuh. "Baik tuan puteri.."

Bunyi loceng ditekan. Aku dan Akmar saling berpandangan sebelum aku berjalan ke arah pintu untuk membukanya.

Aku membuka pintu.. betapa terkejutnya aku melihat susuk tubuh papa dihadapan pintu. Jantungku berombak kencang. "Tak cakap pun dah balik.." papa mengerutkan dahi. "Ya.. Al lupa bagitahu sebab sibuk sikit.." aku mengetap bibir. "Akmar sini kejap." Panggil papa.. Akmar mengatur langkah ke arah kami.

"Mesti Al dah bagitahu kan pasal surat perceraian kamu berdua?" Soal papa sambil menguntumkan senyuman. Akmar memandangku... aku melarikan pandanganku darinya.

"Bila free, baca dan sign.." kata papa sambil menghulurkan kepadaku. Aku memandangnya tanpa menyambut.. "ambil.." papa mengerutkan dahi.

Perlahan lahan aku mencapainya.. "lagi empat bulan.. lepas tu, Al dengan Akmar bebas.." tambah papa lagi sambil tersenyum. "Mesti masing masing dah tak sabar kan?" Soal papa sambil memandang aku dan Akmar silih berganti.

Aku memandang Akmar yang sedang merenung kertas itu. Aku tersenyum hambar tanpa memandang papa.

Papa pulang.. Akmar menyambung tugas memasaknya.. aku pula tidak bersuara dihadapan tv.

Sex and the city di tv aku tonton tetapi fikiranku melayang ke tempat lain. Aku melepaskan keluhan yang berat.

"Makanan dah siap.." aku menoleh ke arah Akmar.

Dia menarik kerusi untukku. "Terima kasih.." aku menguntumkan senyuman. Akmar membalas senyumanku sambil menceduk daging masak lada ke dalam pingganku.

Aku mengunyah dengan berhati hati.. aku tidak dapat mengenalpasti apa rasanya.. mulutku terasa kelat.

"Awak okay?" Lenganku diusapnya. Aku memandangnya sebelum mengangguk. "Sedap?" Soal Akmar sambil tersengih. "Sedap.." aku menguntumkan senyuman sambil memandang nasi didalam pinggan. Mataku terasa pedih, "sedap sangat.. sampai saya rasa nak menangis." Aku mengangkat kepala untuk memandang Akmar. Wajahnya menjadi kabur oleh kerana air mata didalam mataku, "kenapa ni? Kenapa awak menangis?" Soal Akmar, cemas. Dia bingkas bangun dari kerusi sebelum memeluk aku yang sedang duduk diatas kerusi.

"Sedap sangat.. tapi saya takde selera." Gumamku sebaik sahaja bangun dari situ. "Kenapa? Saya ada buat salah?" Akmar turut mengikutku. Aku menggeleng. "It just me.." aku mengetap bibir. "Mungkin nak datang bulan. Sebab tu jadi macam ni." Aku mengangkat bahu sebelum air mata menitis.

Akmar menarikku kedalam dakapannya. "Saya ada dengan awak.." bisiknya. "Sampai bila?" Soalku sambil mengesat air mata menggunakan lengan baju. Akmar terdiam dengan soalanku.

"I'm sorry." Aku tertawa kecil sebelum melonggarkan pelukannya. "Sampai awak dah tak perlukan saya.." gumam Akmar. Aku tersenyum hambar sebelum melarikan diri masuk ke dalam bilik..

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now