bab39

37.5K 776 15
                                    

Aku duduk sendirian diatas buaian dibawah pokok yang besar--- um, bukan nak cakap besar tapi pokok ni aku yang tanam ketika aku berusia---- who cares? Aku merehatkan kepala dibelakang untuk memandang rusa kecil yang dibeli papa pagi tadi. Rusa kecil itu semakin dekat denganku. Er... "Shushh!" Aku cuba menghalaunya tetapi dia semakin dekat pula. Rambutku yang aku ikat ke belakang digigitnya. Aku menarik rambutku kembali sebelum bangun dari situ. Dan rusa itu menghampiriku. "Jangan ikut." Gumamku sebelum melangkah setapak, rusa itu melangkah dua tapak. Rusa jenis apa yang papa beli ni?!

"Shushh! Pergi! Pergi!" Aku cuba menghalaunya tetapi dia semakin dekat. Tanpa berfikir panjang aku berlari naik ke atas tangga di koridor. Rusa itu cuba memanjat tangga. "Papa!" Teriakku ketakutan. "Kau buat apa tu?" Soal Sofea sebelum meletuskan tawa. "Dia nak makan aku!" Teriakku sebelum Sofea menghampiri rusa. "Tapi dia kecil je." Sofea menghabiskan baki tawanya sambil memegang perut. "Jangan ganggu or----" dan rusa itu menyondol peha Sofea. "Shush!" Sofea cuba menghalau sebelum rusa itu semakin dekat dengan Sofea. Dan Sofea berlari mengelilingi pokok diikuti rusa kecil itu.

Aku diatas tangga sekadar menjadi pemerhati sambil ketawa. Tadi gelakkan aku sangat! "Al!" Teriak Sofea sambil melompat naik ke atas tangga. Aku melihat Andy yang sedang keluar dari rumah. Rusa kecil itu menyondol pokok. "Andy! Masuk rumah!" Marahku. Andy mencari suara. "Andy! Pergi masuk rumah nanti t-rex datang!" Teriakku lagi. "Tak ada pun.." Andy memandang sekeliling sebelum memandangku. "Mommy! Kenapa mommy dengan aunty kat atas tu?" Andy berjalan. "Andy! Jangan dekat! Patah balik!" Teriakku. "Why?" Andy mengerutkan dahi.

"Sebab bahaya!" Teriakku. "Mana ada t-rex pun." Andy menggeleng. "Ada benda lain selain t-rex! Pergi masuk rumah. Now!" Arahku. Malah Andy semakin hampir pula. Aku memandang rusa yang sedang berlari ke arah Andy. Tanpa berfikir panjang aku melompat turun dari atas tangga yang mungkin satu tingkat setengah ke tanah.

Aku mengangkat Andy, kaki kananku terasa sakit. Mungkin terkehel. "Shush!" Sofea menghalau dari atas. Berjaya sangat bunyi shush dari atas tu tanpa buat apa apa... sliding door ditolak. Papa. "Papa jumpa mana rusa ni?!" Teriakku sebelum berlari ke arah papa. "Dia lapar ni.." kata papa sebelum menghentikan rusa itu dari mengejar kami. JUST LIKE THAT. Aku meletakkan Andy ke bawah. Kakiku terasa sakit. Aku memegang kaki kananku sebelum melabuhkan punggung diatas lantai. "Kau okay tak?" Soal Sofea sambil mendekatiku. "Okay lah takde darah tapi," aku memandang kakiku yang menggeletar.

"Mommy! Andy minta maaf!" Raung Andy ketika aku duduk diatas katil didalam hospital, menunggu masa untuk x-ray tulang kakiku. "Andy janji Andy tak nakal lagi!" Dia menangis teresak esak pada lenganku. Selesai kakiku dibalut, Sofea memimpin aku keluar bersama Andy. Zairi yang baru tiba untuk menjemput kami memandang kaki kananku yang berbalut. Kening Zairi berkerut. Zairi menghulurkan tangan untuk membantuku masuk ke dalam kereta sebelum aku menyambut tangannya, terpaksa guna bantuan Zairi.

"Andy janji Andy akan dengar cakap mommy." Andy mengangkat tangan. Aku menguntumkan senyuman. "Kau betul ke kau okay, Al?" Soal Sofea. "Sikit je kan, dua tiga hari elok lah ni." Jawabku sambil mengeluarkan telefon bimbit selepas terdengar telefonku berdering. Unknown. Aku menjawab panggilannya. "Hello?" Diam.. "hello?" Keningku berkerut. Aku terpandang Zairi yang sedang merenungku pada cermin pandang belakang. Keningnya diangkat. Aku mengangkat bahu sebelum mematikan perbualan. "Salah nombor kot." Belum sempat aku menyimpan telefon bimbitku ke dalam handbag, telefon berdering lagi.

Aku menjawab panggilan nombor yang tak dikenali itu lagi. "Awak nak apa?" Diam. Aku menghidupkan pembesar suara. Bunyi nafasnya ditarik dan dihembus dengan jelas. "Hello?" Aku mengerutkan dahi. "Hai.." "yes?" Aku tak kenal mana mana suara didalam telefon. "I--------" tutt tuttt. Dia mematikan panggilan. "Siapa tu?" Soal Sofea pula. Aku mengangkat bahu. "Kawan lama kau ke? Tak?" Duga Sofea. "Siapa kawan lama aku?" Aku mencebik. Dia pun tahu aku tak ada kawan lelaki.

"It's daddy!" Andy tersenyum gembira. Aku memandang Andy. "Andy pernah bercakap dengan daddy ke?" Soal Sofea. "Andy nak makan?" Soal Zairi sambil memberi signal ke kanan. "Nak! Andy nak makan pizza!" Andy melompat didalam kereta. "Andy, tadi dah janji taknak nakal. Duduk sini diam diam." Aku menarik tangannya, duduk disebelahku tanpa membuat bising.

Zairi membantuku duduk dihadapannya sementara Sofea dan Andy memilih pizza. "Al, saya dah lama fikir pasa benda ni, dan saya dah buat keputusan.." Zairi merenung mataku. Aku mengangkat kedua belah kening. "Saya nak jadikan Al isteri." Dari riak wajahnya, dia kelihatan serious. Keningku berkerut. "Zairi... awak waras tak ni?" Aku menjentik jari dihadapannya dua kali. "Saya masih lagi isteri Akmar." Tambahku lagi.

Zairi mengetap bibir. "Saya nak awak." Aku mengerutkan dahi. "Zairi, apa ni? Jangan merepek boleh tak? Kalau awak nak kahwin, cari yang lagi muda dari saya." "Awak cakap macam umur awak dah 30 ke atas." Zairi ketawa kecil. Aku turut ketawa. "Tapi.. jodoh kita setakat adik dan kakak ipar je." Zairi menguntumkan senyuman. "Its okay. Saya hormat keputusan awak."

Zairi mengangkat Andy duduk diatas ribanya ketika kami makan. Dan mata kami asyik bertentangan. Aduh, kekok. Kenapa lah dia buat macam ni kat aku.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now