bab7

73.2K 1.1K 20
                                    

"Kawan ye.." Akmar menjelingku sesekali ketika memandu. "Kenapa?" Aku mengangkat kedua belah kening sambil memandangnya kembali, tak faham.. apa yang kawan? "Sebab saya miskin dan takde apa apa? Sebab tu awak tak mengaku saya ni suami?" Soal Akmar sambil tersenyum sinis tanpa memandangku.

"Tak.. bukan macam tu.." aku menggeleng. "Sebab awak sukakan dia?" Soalnya lagi. Aku terdiam. "Dulu je lah." Jawabku dengan jujur.

Akmar mengangguk sambil mencebik. "Tapi dia tak sukakan saya pun.." tambahku lagi sambil tertawa kecil dengan perasaan malu. "Kalau dia pun sukakan awak? Awak akan bersama dengan dia lah?" Soal Akmar lagi. "No..." aku menggeleng.

"Saya dah ada awak kan.." jawabku sambil memandangnya. "Dan dia tak pernah sukakan saya." Tambahku lagi. "Masa kita sampai enam bulan je pun.." kata Akmar dengan tenang.

Enam bulan.. sekarang sudah masuk sebulan. Tinggal lagi lima bulan untuk aku bersama dengan Akmar. "Lima bulan je lagi." Akmar mengetuk ibu jarinya pada stereng kereta. Aku mendiamkan diri..

Setibanya kami dikampung.. Akmar membukakan pintu kereta untukku.

"Assalamualaikum.." pintu diketuk Akmar beberapa kali sebelum dibuka. "Bertuah punya budak! Dua bulan kau tak balik!" Marah wanita tua dihadapan kami sambil menampar bahu Akmar. Ibu dia kot.. mesra semacam je wanita tua dihadapan aku ni. Akmar tertawa kecil sambil menarik wanita tua itu kedalam pelukannya.

Mata wanita itu tepat memandangku. Wanita itu melonggarkan pelukannya sambil menghulurkan tangan kepadaku.

Perlahan lahan aku menyambutnya.. "masuk lah.." pelawanya.. "teman wanita Akmar ke?" Soalnya.. bunyi tapak kaki dari suatu tempat menerpa ke sini.

Mungkin abang dan adiknya. Aku menggeleng. "Isteri Mar, ibu.. Al nama dia." Akmar bersuara sambil menghampiri kami.

"Ya Allah budak ni, kahwin tak bagitahu!" Akmar ditampar ibunya lagi. Aku menjadi tersipu malu. "Nanti Mar buat kenduri, ibu boleh jadi pengapit kami.." Akmar tersengih. "Ibu dah tua, kau nak suruh jadi pengapit pula! Nanti orang cakap apa pula." Marah ibunya lagi. Aku tersenyum memerhati gelagat dua beranak dihadapanku ini.

"Ni abang saya, Zaim, yang ni pula adik.. Zairi." Akmar memperkenalkan adik beradiknya. Aku sekadar menguntumkan senyuman kepada mereka. "Zairi ni muda setahun je dari awak.." aku memandang Zairi. Tiada wajah Akmar. Tetapi hidungnya sama.

Mungkin Akmar lebih ikut wajah bapanya.. tapi, aku tak nampak pun kelibat bapa dia?

"Mudanya!" Zairi menekup mulut menggunakan tangan. "Zairi tak kira, umur 20 Zairi nak kahwin!" Kata Zairi kepada ibu mereka.

"Gatal.. siapa nak kau?" Soal Zaim sambil ketawa. "Abang Mar buruk je kot, dapat isteri lawa. Dunia ni tak adil!" Aku memandang Akmar.. wajah kacak macam ni dikatakan buruk.

"Akmar memang lah, dia pandai santau orang." Zaim meletuskan tawa. "Sayang, saya santau awak ke?" Soal Akmar manja. Aku turut ketawa dengan rasa kekoknya.

"Mengada pula kau ni.." ibunya menampar bahu Akmar. "Mar nak bawa Al masuk bilik ni.." kata Akmar. "Masuk lah, tapi nanti jangan lupa keluar pula." Usik Zaim sambil melarikan diri.

Bahagianya keluarga dia.

Aku melabuhkan punggung diatas katil. "Kenapa nama awak sorang je mula dengan huruf A?" Soalku sambil merenungnya yang sedang menanggalkan baju. "Sepatutnya nama awak Zakmar.." aku mencipta nama untuknya. Akmar tertawa kecil.

"Tak tahu, kena tanya bapa saya lah kalau nak tahu.." jawabnya sambil tersengih. "Ke awak ni.. anak angkat?" Aku cuba mengusik. "Boleh jadi juga, sebab saya yang paling kacak kan." "Mhm.. agaknya lah.." aku mengiyakan sahaja sambil menarik muka.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now