bab15

70K 1K 34
                                    

"Hi.. sorry lambat!" Aku mendongak untuk memandang Sofea yang sedang menghampiri kami.

"Bukan kau tak sihat ke?" Aku mengerutkan dahi. "Alah.. sakit sikit je." Sofea melabuhkan punggung disebelahku.

"Lisa lah call aku, dia cakap kau tengah serabut dengan otak dan hati kau." Kata Sofea sambil menjeling Lisa yang sedang tersengih.

"Aku cuma.. entah, tak tahu nak balik pada Akmar atau pergi je dekat Haikal tu." Aku menongkat dagu sambil memandang Sofea. "Macam ni, Al.. Akmar tahu semua pasal diri kau kan.. Haikal?" Soal Sofea sambil memandangku. Aku terdiam.. "ya.. aku tahu Akmar bukan orang senang, kerja pun biasa je.. tapi dia tahu segala galanya pasal kau, kan?" Soal Sofea lagi..

"Ye lah Al, kalau I.. I akan pilih lelaki yang kenal diri I luar dan dalam sebab kita akan hidup dengan diorang bukan sehari dua je tau, tapi sampai bila bila!" Lisa mencelah. Aku mengangkat bahu..

"Haikal cintakan kau sebab apa? Kau tahu?" Soal Sofea sambil mengangkat kening. "Akmar dah nampak sisi teruk kau dan dia masih sayangkan kau. Kau bodoh ke Al? Tinggalkan lelaki yang sayangkan kau dan kutip lelaki yang langsung tak tahu siapa diri kau yang sebenar?" Soal Sofea lagi.

"Okay..I boleh cakap macam ni lah, cinta dan berminat tu lain tau. Akmar bagi you sepenuh hati dia, Haikal pula cuma bagi you sisa masa dia je.. Akmar mendengar dan memerhati, Haikal pula cuma dengar, tu pun entah telinga dia dengar ke tak... apa yang you cakap.." mereka ketawa.. aku turut tersenyum.

"Akmar sayangkan kau, Haikal pula berminat dengan kau.. sebab apa? Sebab kau cantik." Tambah Sofea. Aku mengetap bibir. "Nanti lah aku jumpa Haikal, aku tanya dia.." kataku sebelum mengeluh.

"Tanya, kenapa dia pilih you? Apa yang dia nampak pada you? Kalau jawapan dia macam orang takde otak, better you tinggal je dia.." "will do!"

Selesai lunch.. aku merenung Haikal.. "what's wrong?" Soalnya sambil meletakkan tangannya diatas tanganku. "Kalau masakan I masin, what would you do?" Soalku sambil memandangnya. "I suruh you berhenti memasak and I cari maid lah, mudah.." jawabnya sambil tersenyum.

"Haikal.." panggilku, jawapan yang diberinya masih aku tidak berpuas hati.. "yes?" Haikal mengerutkan dahi. "Apa yang you nampak pada I? Kenapa you sukakan I?" Soalku sambil memandangnya. "Sebab you cantik.. setiap kali I tengok mata you, I rasa macam I dah jumpa orang yang sempurna.." jawabnya. "Tu je? Sebab bagi you.. I ni sempurna?" Soalku sambil merenungnya.

"Yeah.. you're perfect." Jawabnya. "I'm a mess.." aku merenungnya. "I don't think so.." Haikal mencebik sebelum aku bangun. "Maaf tapi I tak rasa yang I nak kahwin dengan you." Aku menggeleng sebelum melarikan diri masuk ke dalam kereta untuk ke tempat kerja Akmar.

Aku akan kembali pada Akmar.. aku dah tak peduli tentang ego. Asalkan aku dapat Akmar kembali.

Sampai sahaja dibengkel, aku terus membuka pintu kereta untuk mendapatkan Akmar.

"Aleisha?" Mirza.. itu Mirza, rakan Akmar. "Mana Akmar?" Soalku sambil memandangnya.. "Akmar dah tak kerja sini lah.. kenapa ni?" Soalnya sambil mengerutkan dahi. "Dia ke mana?" Soalku, separuh mendesak. "Tak tahu.. dia tak bagitahu." Jawabnya. Aku mengetap bibir sambil mendail nombor telefonnya. Tak diangkat. "Tak apa lah." Aku terus berlari masuk ke dalam kereta untuk mencari papa dipejabat.. papa akan ke mahkamah pada pukul 4. Sekarang sudah 3:24pm. Masih sempat ke?

Aku berlari masuk ke pejabat papa.. pintu bilik papa dibuka, tak ada.. "mana papa?" Soalku sambil memandang PA papa yang sedang memandangku.

"Tuan baru je keluar pukul 4 tadi.." jawabnya. Aku menjeling jam didinding. 4:10. Aku masih sempat mengejar papa?

Aku berlari keluar dari tingkat atas untuk masuk ke dalam lif.. seluruh tubuhku menggigil, seperti hari hariku bakal gelap dan tiada lagi cahaya yang akan masuk. Aku mencapai telefon didalam handbag.. nombor papa didail..

Tidak dijawab. Aku sudah berpeluh.. angkat lah! Pintu lif dibuka.

Aku berlari keluar bersama air mata yang berjuraian dipipi akibat terlalu risau dan takut.

Seorang lelaki melanggar tubuhku sehingga handbag yang aku pegang terjatuh. Aku mengesat air mata menggunakan tangan sebelum menunduk untuk mencapainya kembali.

"Kenapa menangis ni?" Soal lelaki dihadapanku, suaranya bernada risau.. suara tu, wangian yang dipakainya amat aku kenali. Aku mendongak untuk memandang Akmar yang segak memakai kemeja putih dan blazer berwarna biru.

Tanpa berfikir panjang.. aku masuk ke dalam pelukannya sambil menangis teresak esak. "Saya taknak cerai.." aku menggeleng didadanya.. belakangku diusap perlahan lahan..

"Saya tahu.." bisiknya sambil mengucup ubun ubunku. "Tapi papa dah pergi!" Raungku dipelukannya. "Sh.. orang tengok, malu lah.." bisiknya sambil mendodoikan badanku didalam pelukannya.

"Saya taknak bercerai.." aku masih teresak didadanya.. "tahu sayang, saya tahu.." "do something!" Marahku sambil memeluknya lebih erat.

"Papa dah tahu Al taknak bercerai.." jantungku berombak kencang ketika terdengar suara papa dibelakang. Cepat cepat aku menoleh ke arah papa.

"Papa pun tak sanggup nak lukakan hati anak papa.." tambah papa lagi sambil tersenyum. "Papa kenal anak papa sorang ni.." papa menghampiri kami.

Aku memeluk papa erat.. "papa tahu Akmar boleh bahagiakan anak papa sorang ni." Bisik papa sambil memelukku lebih erat.

"Papa suka buat Al macam ni.." aku teresak esak dibahu papa. Rambutku diusap.. "papa nak tengok je Al lebih pentingkan ego atau hati.." bisik papa sambil mengusap belakangku pula.

"Tapi setiap minggu papa cakap pasal bercerai.." "papa tunggu Al cakap Al taknak bercerai." Jawab papa.. "tapi Al dah cakap sekarang.. dan Al taknak bercerai." Aku menggeleng laju.

Pelukan dilonggarkan. "So.. Al dah nak balik tinggal dengan Akmar lah ye.." papa menguntumkan senyuman sambil memandang aku dan Akmar silih berganti. Aku terdiam seketika sebelum kepalaku mengangguk, "ye lah.. tak kesian ke biar saya tidur seorang setiap malam? Dah lah gelap.." Akmar menarik muncung.

Aku tertawa kecil sambil mengesat air mata menggunakan tangan. "Oh.. papa terlupa. Nanti papa matikan semuanya, cctv, alarm-" aku dan Akmar memandang satu sama lain sambil mengedipkan mata.

"Okay.." aku memotong cakap papa tanpa memandangnya. Alarm dia sudah kami rosakkan.

"Akmar start kerja esok boleh kan? Sebab nak bawa Al balik rumah dulu." Kata Akmar kepada papa.

"Oh, awak dah start kerja sini eh?" Soalku sambil memandangnya. Akmar menguntumkan senyuman sambil mengangguk.

"Kenapa tak bagitahu!" Marahku sambil merangkul lengannya.. "nak bagitahu macam mana dah orang tu nak tinggalkan kita." Kata Akmar separuh mengusik sambil menjelingku yang sudah pun mendongak memandangnya.

Akmar membantu aku membawa barang barangku untuk tinggal bersamanya kembali.

"Nanti Al jangan lupa datang jenguk papa pula." Pesan papa ketika aku sedang menuruni anak tangga. Aku ketawa sambil menjeling Akmar disebelah.

"Akmar pun jangan lupa bawa Al balik setiap bulan.." pesan papa sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar.

"InsyaAllah.." Akmar menguntumkan senyuman sambil mengangguk.

"Nanti kalau Akmar free, bawa lah family datang ke sini.. papa teringin nak berjumpa dengan besan.." papa tersengih sambil memandangku.

"Nanti free Akmar bawa family datang ke sini.." Akmar meletakkan barang barangku diatas meja. "Tapi kena cari homestay kat kawasan sini dulu lah.." tambah Akmar lagi. "Kenapa nak cari homestay? Rumah papa kan besar.. lagi pun papa tinggal sorang je kot." Jawabku sambil memandang papa. "Tak boleh lah menyusahkan papa.." "apa pula menyusahkan. Tak ada lah. Nanti Akmar nak bawa family datang ke sini, bagitahu awal awal.. boleh papa masak something special." Papa tertawa kecil.. entah sejak bila papa pandai memasak......

"InsyaAllah.."

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now