bab31

43.5K 804 51
                                    

Aku memerhatikan Akmar menyembur perfume pada lehernya. "Saya balik lewat.." Kata Akmar. Aku sekadar mengangguk sambil menguntumkan senyuman.

Sejak kebelakangan ni Akmar sering sibuk. Tak apa lah. Mungkin papa berikan dia terlalu banyak kerja. "Awak balik pukul berapa?" Aku memandangnya. Akmar memandang jam pada pergelangan tangannya.

"Tak payah tunggu lah.. Saya balik lewat." Jawabnya. Aku sekadar mengangguk.

Terasa layanan Akmar terhadapku sudah mula berubah. "Nanti saya balik, saya kejutkan awak kalau awak nak tunggu sangat." Kata Akmar.. Mungkin dia tersedar akan riak wajahku.

Aku memandangnya. "Tak apa.. Saya tidur je terus kalau lewat sangat." Aku tersenyum hambar. "Ikut awak lah, sayang.." Kata Akmar sambil merapikan rambutnya.

Dahiku dikucup sebelum Akmar meminta diri untuk keluar pergi kerja.

Aku menghantarnya ke pintu untuk memastikan dia keluar dalam keadaan baik. "I love you." Gumamku sendirian.

Entah kenapa... Hari demi hari, aku terasa seperti tidak diperlukan lagi. Akmar seperti bukan Akmar yang aku kenal lagi. Dia bukan lelaki yang terpaksa berkahwin denganku atas perkahwinan yang di luar jangkaan kami lagi.

Dia seperti....orang asing. Orang yang aku langsung tidak kenali.

Atau mungkin hanya perasaanku sahaja? Perasaan wanita apabila mengandung? Atau aku betul betul tersedar akan perubahan pada Akmar?

Aku menelefon Sofea, memintanya datang ke rumah kerana Akmar tidak mengizinkan aku keluar sendirian. Aku diminta untuk membawa teman bersama denganku.

"Sofea..." Panggilku. "Um.. Ya?" Suaranya kedengaran seperti baru bangun tidur. "Baru bangun ke?" Soalku. "Tak.. Masih tidur ni, ada apa kau call aku pagi buta ni?" Aku menjeling jam di dinding. Pagi buta dia cakap?! Dah pukul 10 kot.

"Keluar nak?" Aku mengetap bibir. Mencari ayat ayat untuk memujuk Sofea risau kalau dia reject. "Nak pergi mana?" Soal Sofea, suaranya kembali segar. "Mula mula klinik kejap. Nak scan kandungan." Aku tersenyum sendirian sambil memegang perut yang sedikit membuncit ke hadapan.

"Lepas tu.. Wayang ke, makan ke..." "Okay! On! Sekarang juga aku ambil kunci kereta!" Teriak Sofea. Aku tertawa kecil. "Lepas kau mandi. Aku taknak keluar dengan orang tak mandi lagi." Sofea turut ketawa.

"Tahu. Aku bergurau je lah." Sofea menghabiskan saki baki gelak tawanya sebelum mematikan perbualan.

Dalam sejam setengah. Pintu diketuk.. "Buka lah oi!" Suara Sofea lah tu, siapa lagi yang mempunyai suara nyaring macam tu kan...

Aku membuka pintu.. Sofea yang sudah kelihatan segar dan cantik berdiri dihadapan muka pintu. "Jom lah. Tadi macam nak pergi sangat." Perlinya. Aku tertawa kecil. "Kejap.. Kau tu lambat sangat." Aku menjelingnya sebelum menggalas bag tangan yang aku letakkan diatas sofa di ruang tamu.

"Sunyi eh kalau tinggal sorang." Sofea memandang sekeliling. "Kau nak tinggal sekali dengan aku ke?" Aku tersengih sambil memandang Sofea.

"Tak ada maknanya nak tinggal dengan kau." Sofea tertawa kecil. "Dengan suami kau lagi. Memang tak lah.." Tambah Sofea lagi sambil menggeleng.

"Jom lah. Tadi beriya sangat perli aku." Aku menarik tangan Sofea untuk keluar dari situ.

Sofea mengikutku masuk ke dalam bilik untuk pemeriksaan pada kandunganku. Dah macam Sofea ni pula suami aku.

Aku dan Sofea duduk berhadapan dengan doktor yang memeriksa kandunganku.

"So...." Aku mengetap bibir. Tak sabar. "A boy!" Dia tersenyum gembira. Aku?! Lagi lah gembira! A boy.. Daddy dia ada kawan lah.

Mesti Akmar juga gembira dengar berita ni seperti mana yang sedang aku rasakan saat ini.
"A boy?!" Sofea yang terlebih teruja rupanya. Hampir terlucut jantungku ketika dia menjerit. "Nanti nak beli mainan banyak banyak!" Kata Sofea sebelum tersengih.

"Jaga baik baik kandungan awak.. Darah awak semakin lama semakin rendah. Banyak buat kerja rumah eh?" Soal doktor dihadapanku. Aku menggeleng. Jarang betul aku buat kerja rumah.

"Ke awak stress?" Soalnya lagi. Aku terdiam seketika sebelum menggeleng.

"Makan dulu, nak?" Soal Sofea. Aku mengangguk. "Oh, lupa nak bagitahu.. Haikal marah aku tiga hari lepas.." Sofea memulakan perbualan. Aku memandangnya. "Kenapa?" Keningku berkerut. "Sebab aku salah eja nama dia je pun." Jawab Sofea sambil mencebik.

"Kan nama dia mudah je nak eja? Kau ni..." Aku menjeling Sofea yang sedang memandu. "Memang... Tapi aku nak lah juga lecturer kita ada nama hipster." Sofea ketawa kecil. "Macam mana kau eja nama dia?" Aku memandang Sofea yang sedang ketawa.

"H-I-C-U-R-L." "What the...." Kami berdua meletuskan tawa. "Kau memang gila!" Aku menghabiskan saki baki tawaku sambil memegang perut. "Hipstur tak?" Soal Sofea sambil ketawa.

"Sangat!"

Aku dan Sofea berjalan keluar dari kereta untuk ke restoran yang entah... Aku tak pernah datang pun. "Ni tempat kerja aku dulu. Ingat tak?" Soal Sofea. "Kau tak pernah bawa aku pun?!" Aku mendengus. "Memang lah.. Kau tak pernah nak ambil tahu." Ju mencebik.

"Aku pernah tanya rasanya.." Kataku sebelum mengangkat bahu. "Oh wait.." Pergelangan tanganku dipegang kuat. Langkahku terhenti. "Tu kan.. Akmar?" Aku turut memandang ke arah lelaki yang sedang ketawa.. Baju, seluar... Akmar.

Aku memandang perempuan dihadapannya. Berambut karat. Client Akmar ke? Mustahil ada client berpakaian seksi macam tu? Tak ada apa apa yang dibawa bersama mereka. Hanya seperti temu janji.

Hatiku terasa tak sedap. "Dia cuba duakan kau ke?!" Soal Sofea, tak berpuas hati. "Tak kot.. Tu client dia. Tadi kat rumah, dia ada bagitahu.." Tipuku.

"Tiba tiba rasa dah tak lapar lagi dah..." Entah kenapa tiba tiba seluruh tubuh terasa menggigil. Sofea merenungku dengan renungan simpati, dia tahu aku menipu.

"Jom, aku nak bawa kau pergi satu tempat." Tanganku dipegang sebelum kami berdua keluar dari situ.

Dalam perjalanan, aku sekadar mendiamkan diri.. "Ingat tak masa kita umur 14? Kita bergaduh sebab berebut nak berkawan dengan sorang budak nama Kila ni?" Sofea cuba menceritakan sejarah silam kami.

Aku mengangguk. "She's crazy.." Aku ketawa kecil. "Kan.. 'Nak duduk dengan Aleisha! Nak duduk dengan Aleisha!' Sial lah.. Aku nak duduk dengan dia kot!" Sofea mendengus geram. Aku meletuskan tawa..

"Kan.. Dah aku duduk dengan dia tu, dia jadi clingy pula.." Tambahku. "Aku dah agak dah yang dia tu lesbian. Tengok cara dia ikut kau, puji kau pun---" "shut up. Dia tak ikut aku setiap masa pun lah." Kami mula bertekak sambil ketawa sehingga aku terlupa akan kesedihan buat seketika....

#you can't spell disappointment without men :(

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now